Monday, June 11, 2007

Alamat email saya

Ruangan ini untuk memberi peluang kepada sesiapa yang suka berkongsi pendapat dengan saya. InsyaAllah semoga perbincangan kita dapat memberi manfaat kepada kedua belah pihak.

Untuk mendapat maklumat peribadi mengenai diri saya akan dihubungi melalui email.

Segala pendapat yang diutarakan melalui blog ini tiada berkepentingan, bias dan bebas untuk dikomen, diulas, dibahas, dibangkang dan sebagainya serta tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
Kepada kawan-kawan lama yang sukar untuk menghubungi saya atau yang telah terputus hubungan, silalah email ke alamat email berikut : nikazmannb@hotmail.com .
Isu 1/1 untuk dibincangkan :
Mengapakah remaja dan belia Melayu dan Islam hari ini semakin jauh dari norma-norma hidup yang murni, beretika, berakhlak dan beragama?
Ada pendapat yang mengatakan punca berlakunya keruntuhan akhlak remaja pada hari ini kerana suasana, persekitaran, masyarakat, media massa, kemajuan teknologi ICT dan lain-lain lagi. Sebenarnya ada betulnya berpendapat sedemikian. Kalau buat karangan di sekolah cikgu dah dapat terima isi karangan sebegitu. Tapi sedarkah kita adakah hanya dengan mengetahui sahaja perkara ini sudah cukup untuk kita.