Tuesday, September 1, 2020
Latihan1 Geografi P3
latihan P3 Bahagian 1
1. Apakah yang dimaksudkan dengan abiotik? (3)
Abiotik ialah kumpulan bukan hidup yang terdapat dalam sesebuah sistem seperti air, udara, tanah dan mineral seperti nutrien. Abiotik amat penting dalam sesebuah ekosistem kerana ia merupakan habitat hidupan.
2. Nyatakan tiga komponen abiotik yang terdapat dalam ekosistem hutan hujan tropika. [3]
Tiga komponen abiotik yang terdapat dalam ekosistem hutan hujan tropika:
(i)Tenaga matahari-Membekalkan sumber tenaga kepada pengeluar, iaitu tumbuh sepanjang tahun dengan suhu di antara 26 °C hingga 27 °C dengan bezantara suhu tahunan yang kecil.
(ii) Hujan-Membekalkan jumlah hujan yang banyak dan lebat dengan jumlah 2 030 mm setahun, menjamin kelembapan udara dan tiada musim kering yang nyata.
(iii) Tanih - Batuan yang terhasil daripada proses luluhawa kimia menghasilkan pelbagai jenis regolit seperti tanah liat, tanah pasir, aluvium dan lain-lain.
3. Huraikan dua proses pemindahan tenaga dalam rantaian makanan hutan hujan tropika. [4]
Dua proses pemindahan tenaga dalam rantaian makanan ekosistem hutan hujan tropika:
(i) Tenaga dipindahkan terus dari matahari kepada pengeluar untuk membuat makanan melalui proses fotosintesis. Tumbuh-tumbuhan akan menyimpan tenaga kimia dalam bentuk karbohidrat, protein, lemak dan asid tumbuhan.
(ii) Pengeluar atau tumbuhan akan memindahkan tenaga haba dan kimia kepada pengguna kedua seperti arnab, burung, tikus dan tupai apabila memakan tumbuhan yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak. Pemindahan tenaga haba berlakumelalui proses respirasi.
(iii) Apabila haiwan karnivor memakan haiwan herbivor, berlaku pemindahan tenaga daripada pengguna pertama kepada pengguna kedua. Contohnya seperti ular yang memakan tikus. Perpindahan tenaga kimia diperoleh melalui tisu tisu badan haiwan herbivor.
(iv) Omnivor (pengguna tertier) akan mendapat pemindahan tenaga kimia dan haba daripada pengguna sekunder dan primer apabila haiwan ini memakan haiwan lain dan tumbuhan.
v) Organisma pengurai seperti bakteria, kulat, ulat dan cacing tanah memperoleh tenaga kimia daripada tisu organisma yang mati dan mereput. Mikroorganisma akan mereput dan menguraikan jisim organik yang mati.
4. Huraikan dua komponen ekosistem berasaskan pendekatan struktur. [4]
Dua komponen ekosistem berasaskan pendekatan struktur:
(i) Benda bukan hidupan--Kitaran bahan kimia dalam sesebuah ekosistem seperti fosforus, kalsium, nitrogen, karbon dioksida, oksigen dan lain-lain.
(ii) Organisma autotrof-Kumpulan organisma yang menggunakan tenaga suria untuk menghasilkan makanan sendiri dan mengubahnya kepada tenaga kimia.
(iii) Organisma heterotrof merupakan kumpulan pengguna yang terbesar yang terdiri daripada haiwan dan manusia.
(iv) Organisma pereput dan pengurai yang berfungsi mereputkan dan menguraikan bahan organisma yang kompleks, menyerap reputan dan mengeluarkan semula bahan tersebut sebagai nutrien tanah. Antara organisma tersebut ialah kulat, bakteria, cacing tanah dan kumbang najis
5. Nyatakan tiga ciri piramid ekologi. [3]
Tiga ciri piramid ekologi:
Bilangan organisma semakin berkurangan dan sedikit apabila menuju ke puncak.
Tenaga semakin berkurangan apabila semakin menuju ke puncak piramid.
Bilangan pengguna dan pengeluar tidak seimbang.
Pengguna yang terakhir berada di puncak piramid ekologi.
6. Apakah yang dimaksudkan dengan pengguna herbivor?[2]
Pengguna herbivor ialah pengguna primer atau haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan dan bergantung sepenuhnya kepada tumbuh tumbuhan tersebut seperti ulat, serangga, arnab, rusa, kijang dan sebagainya yang memakan makanan yang dihasilkan oleh pengeluar seperti pucuk, bunga dan buah.
7. Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan ekologi? [3]
Keseimbangan ekologi bermaksud sesebuah ekosistem mempunyai keupayaan pemulihan kendiri untuk mencapai keseimbangan dan kestabilan yang berkekalan. Keseimbangan ekologi dapat dicapai melalui keseimbangan input dan output tenaga yang menghasilkan kitaran lengkap.
8. Dengan merujuk ekosistem hutan, bagaimanakah sesebuah ekosistem yang terganggu dapat mencapai keseimbangan? [4]
Cara sesebuah ekosistem hutan yang terganggu boleh mencapai keseimbangan:
(i) Musim kemarau-Hutan ragut akan mengalami kekeringan, tumbuhan mati, haiwan herbivor menjadi lemah dan tidak bertenaga kerana kekurangan makanan. Haiwan karnivor menjadi kuat dan bertenaga kerana mempunyai sumber makanan yang mudah dan banyak.
(ii) Musim hujan-Tumbuhan akan tumbuh, membiak, membesar dan mengeluarkan makanan. Haiwan herbivor mudah mendapat makanan, populasi haiwan ini bertambah sebaliknya haiwan karnivor akan mengalami pengurangan kerana kesukaran mendapatkan makanan.
9. Nyatakan dua kesan gangguan ekosistem terhadap spesies flora dan fauna. [2]
Dua kesan gangguan ekosistem terhadap spesies flora dan fauna:
(i) Flora-Tumbuh-tumbuhan akan mati dan kering kerana tidak dapat menghasilkan makanan kerana kekurangan sumber air dan matahari untuk proses pembesaran dan pembiakan.
(ii) Fauna-Pengguna primer dan sekunder akan berkurangan kerana kekurangan makanan. Tumbuhan tidak dapat menghasilkan makanan. Populasi pengguna tertier meningkat dengan cepat dan banyak kerana mempunyai sumber makanan yang banyak yang terdiri daripada pengguna sekunder dan primer.
10. Nyatakan satu faktor yang mempengaruhi keseimbangan ekosistem hutan.[1]
Satu faktor yang mempengaruhi keseimbangan ekosistem hutan
(i) Penyahhutanan secara semula jadi
(ii) Pembinaan empangan hidroelektrik
(iii) Pembalakan tanpa kawalan
(iv) Aktiviti pertanian
(v) Pembangunan infrastruktur
11. Huraikan fungsi saprofit dalam hutan hujan tropika. [2]
Berfungsi menghuraikan bahan-bahan organisma yang mati dan reput dalam sesebuah ekosistem dan menghasilkan nutrien bukan organik, faitu nitrogen, fosforus, karbon potassium dan sebagainya yang berguna kepada pengeluar, iaitu tumbuhan untuk tumbuh dan membesar dan menghasilkan makanan.
12. Apakah yang dimaksudkan dengan aras trofik? [3]
Aras makanan dan pemakanan dalam sesebuah ekosistem secara berturutan sama ada pengeluar, pengguna primer, pengguna sekunder atau pengguna tertier.
13. Huraikan perbezaan antara siratan makanan dengan rantaian makanan. [4]
-Rantaian makanan- pemindahan atau aliran tenaga, elemen2 kimia atau beberapa jenis sebatian dari satu organisma ke organisma yang lain di sepanjang satu aliran melalui proses makan dan dimakan bermula daripada tumbuhan sebagai pengeluar hingga pengguna tertier
-Siratan makanan- pemindahan atau aliran tenaga, elemen2 kimia atau beberapa jenis sebatian dari satu organisma ke organisma yang lain melalui pelbagai arah aliran yang kompleks melalui proses makan dan dimakan bermula daripada tumbuhan sebagai pengeluar hingga pengguna tertier dalam sesuatu ekosistem.
14. Nyatakan tiga cara manusia mengganggu aktiviti siratan makanan. [3]
-Penebangan pokok atau penyahutanan dalam aktiviti pembalakan dan pembinaan - menjejaskan pengeluar dalam siratan makanan
-Pengutipan hasil hutan yang berlebihan menjejaskan sumber makanan pengguna primer.
-Pembinaan petempatan di kawasan hutan untuk pelbagai tujuan seperti pembinaan chalet boleh mengganggu habitat haiwan. Ini menyebabkan penghijrahan sesetengah haiwan sebagai pengguna primer dan sekunder yang menjadi sumber makanan kepada sesetengah haiwan sebagai pengguna sekunder dan tertier.
-Kegiatan menangkap sesetengah haiwan dalam aktiviti perburuan seperti rusa, kancil, landak, burung dan sebagainya menjejaskan sumber makanan kepada pengguna sekunder dan tertier
15. Apakah yang dimaksudkan dengan autotrof? [3]
Autotrof ialah tumbuhan yang boleh memproses makanan sendiri dengan menggunakan cahaya matahari yang diterimanya melalui proses fotosintesis. Tumbuhan hijau akan, menukarkan karbon dioksida dan air dan membentuk gula serta mengeluarkan gas oksigen sebagai bahan sampingan.
16. Nyatakan tiga peranan tumbuh-tumbuhan dalam sesebuah ekosistem. [3]
-mengawal keseimbangan ekosistem sebagai pengeluar utama dalam rantaian dan siratan makanan
-menukarkan tenaga suria kepada tenaga kimia melalui proses fotosintesis
-Tumbuhan saprofit seperti lumut dan kulat berperanan menguraikan bahan organik seperti buah dan daun yang gugur, najis dan air kencing haiwan serta haiwan dan tumbuhan mati untuk mengembalikan nutrien kepada tanah
-Tumbuhan melalui proses fotosintesis menyerap gas karbon dioksida dan membebaskan gas oksigen dalam respirasi dan pernafasan haiwan.
Subscribe to:
Posts (Atom)