Wednesday, April 8, 2020
Serakan
Serakan ialah proses perubahan arah pancaran matahari atau pemindahan bahangan matahari secara mendatar apabila melalui atmosfera yang mengandungi pepejal terampai seperti habuk dan bahan PM10 yang lain di atmosfera. Sekiranya diameter habuk lebih besar daripada jarak gelombang matahari, maka akan berlaku serakan Mie. Manakala serakan Rayleigh berlaku apabila diameter habuk lebih kecil dari jarak gelombang matahari.
Serakan cahaya matahari dibahagikan kepada dua jenis mengikut saiz habuk dan debu yang terampai di atmosfera. Iaitu:-
1. Serakan Rayleigh
Serakan yang berlaku terhadap cahaya matahari semasa habuk dan debu yang kecil dengan diameter habuk dan debu yang lebih kecil dari jarak gelombang cahaya matahari. Serakan ini menunjukkan udara yang bersih dengan langit kelihatan berwarna biru.
2. Serakan Mie
Serakan yang berlaku terhadap cahaya matahari semasa habuk dan debu yang besar dengan diameter habuk dan debu yang lebih besar dari jarak gelombang cahaya matahari. Serakan ini menunjukkan udara yang tercemar dengan langit kelihatan berwarna merah keperangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment