Kesan kejadian tanah runtuh di Malaysia.
Kejadian tanah runtuh atau cerun runtuh memberikan banyak kesan terhadap kehidupan manusia. Beberapa kejadian tanah runtuh di cerun-cerun lebuh raya di Malaysia telah menjejaskan jaringan perhubungan antara tempat-tempat tertentu. Contohnya, runtuhan tanah di lebuh rava berhampiran Gua Tempurung, Perak telah memutuskan perhubungan antara Ipoh dengan Tapah sehingga beberapa hari sebelum berjaya dipulihkan.
Pengangkutan barangan dan penumpang dengan bas, lori dan kereta api juga terganggu. Jalan raya atau jalan keretapi mungkin terputus akibat runtuhan atau ditimbus longgokan tanah yang banyak. Ini memerlukan tempoh masa yang lama untuk dibaik-pulih. Contohnya, runtuhan tanah yang menimbus landasan kereta api pada Januari 2008.
Fenomena tanah runtuh yang serius telah mengorbankan nyawa penduduk. Penduduk mungkin tertimbus di bawah runtuhan tanah. Mereka juga mungkin ditimpa runtuhan bangunan semasa kejadian tanah runtuh. Contohnya, runtuhan di Km 20 Jalan Genting-Karak telah menyebabkan kematian seramai 20 orang. Runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur pada bulan Disember 2008 telah mengorbankan nyawa lima orang penduduk.
Mangsa juga mengalami kerugian harta benda dan tempat tinggal. Rumah akan runtuh apabila kegagalan cerun berlaku di bahagian tapak. Ada juga kemusnahan rumah berlaku apabila dirinya oleh tanah. Kejadian di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur contohnya, telah menyebabkan 14 buah rumah musnah dan tertimbus.
Kejadian ini telah memberi kesan psikologi kepada penduduk. Di kawasan bencana yang bercerun dan berisiko tinggi untuk berlakunya tanah runtuh. Mangsa akan mengalami trauma atau sentiasa diselubungi ketakutan dan kebimbangan kemungkinan berlakunya bencana tanah runtuh di kawasan kediaman mereka terutama apabila musim hujan. Ada yang melibatkan kematian ahli keluarga dalam sekelip mata, tentunya akan sentiasa menjadi igauan ngeri kepada mangsa yang terlibat.
Runtuhan cerun juga akan menyebabkan
kerosakan infrastruktur seperti bekalan air paip dan elektrik. Bekalan elektrik terputus akibat kerosakan talian bawah tanah atau tiang yang tumbang. Perhubungan melalui telefon juga terjejas kerana tiang-tiang telefon tumbang atau patah.
No comments:
Post a Comment