Tuesday, February 2, 2021

Kesan negatif pergerakan jisim terhadap alam sekitar manusia.

 Kesan kejadian tanah runtuh di Malaysia.

Kejadian tanah runtuh atau cerun runtuh memberikan banyak kesan terhadap kehidupan manusia. Beberapa kejadian tanah runtuh di cerun-cerun lebuh raya di Malaysia telah menjejaskan jaringan perhubungan antara tempat-tempat tertentu. Contohnya, runtuhan tanah di lebuh rava berhampiran Gua Tempurung, Perak telah memutuskan perhubungan antara Ipoh dengan Tapah sehingga beberapa hari sebelum berjaya dipulihkan.

Pengangkutan barangan dan penumpang dengan bas, lori dan kereta api juga terganggu. Jalan raya atau jalan keretapi mungkin terputus akibat runtuhan atau ditimbus longgokan tanah yang banyak. Ini memerlukan tempoh masa yang lama untuk dibaik-pulih. Contohnya, runtuhan tanah yang menimbus landasan kereta api pada Januari 2008.

Fenomena tanah runtuh yang serius telah mengorbankan nyawa penduduk. Penduduk mungkin tertimbus di bawah runtuhan tanah. Mereka juga mungkin ditimpa runtuhan bangunan semasa kejadian tanah runtuh. Contohnya, runtuhan di Km 20 Jalan Genting-Karak telah menyebabkan kematian seramai 20 orang. Runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur pada bulan Disember 2008 telah mengorbankan nyawa lima orang penduduk.

Mangsa juga mengalami kerugian harta benda dan tempat tinggal. Rumah akan runtuh apabila kegagalan cerun berlaku di bahagian tapak. Ada juga kemusnahan rumah berlaku apabila dirinya oleh tanah. Kejadian di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur contohnya, telah menyebabkan 14 buah rumah musnah dan tertimbus.

Kejadian ini telah memberi kesan psikologi kepada penduduk.  Di kawasan bencana yang bercerun dan berisiko tinggi untuk berlakunya tanah runtuh. Mangsa akan mengalami trauma atau sentiasa diselubungi ketakutan dan kebimbangan kemungkinan berlakunya bencana tanah runtuh di kawasan kediaman mereka terutama apabila musim hujan. Ada yang melibatkan kematian ahli keluarga dalam sekelip mata, tentunya akan sentiasa menjadi igauan ngeri kepada mangsa yang terlibat.

Runtuhan cerun juga akan menyebabkan
kerosakan infrastruktur seperti bekalan air paip dan elektrik. Bekalan elektrik terputus akibat kerosakan talian bawah tanah atau tiang yang tumbang. Perhubungan melalui telefon juga terjejas kerana tiang-tiang telefon tumbang atau patah.


Thursday, November 12, 2020

Kitar Nitrogen

 Kitar Nitrogen 

Apa yang anda tahu tentang nitrogen? 

Nitrogen (N2) merupakan unsur penting dalan sintesis protein dalan haiwan dan tumbuhan dan ia merupakan gas yang terbesar kandungannya iaitu kira-kira 78% daripada keseluruhan komposisi gas di atmosfera. Sebatian nitrogen pula boleh wujud dalam bentuk cecair iaitu asid nitrit (N2O), dalam bentuk ammonia (NH3) dan dalam bentuk zat iaitu nitrat (NH4). Tumbuhan tidak dapat menyerap gas nitrogen secara langsung dari atmosfera tetapi hanya dapat menyerap sebatian Nitrat melalui serapan akar dari dalam tanah. 

Sila perhatikan aspek-aspek berikut : 

  1. Menjelaskan konsep kitar nitrogen. 
  2. Menjelaskan proses-proses dalam kitar nitrogen. 
  3. Kepentingan nitrogen kepada alam sekitar fizikal dan manusia. 
  4. Pengaruh/gangguan manusia terhadap kitar nitrogen. 
  5. Bakteria-bakteria yang terlibat dalam kitar nitrogen. 

 

Konsep 

Kitar Nitrogen merujuk kepada proses-proses pengambilan dan pengembalian sebatian yang mengandungi unsur nitrogen di dalam tanah dalam pelbagai bentuk dan pelbagai fasa yang berlaku secara berterusan dan berkesinambungan. 

Proses-proses dalam kitar nitrogen 

1.       Proses pengembalian 

i)                    Pancaran Kilat  

Kilat menyahcas elektrik menyebabkan nitrogen di atmosfera dioksidakan membentuk nitrogen dioksida yang larut dalam air hujan untuk membentuk asid nitrit. 

ii)                   Infiltrasi air hujan 

Air hujan yang mengandungi asid nitrit akan meresap ke dalam tanah yang membekalkan kandungan nitrat dalam tanah. 

iii)                 Proses penitratan 

Proses penitratan ialah proses di mana bakteria penitaratan menukarkan ammonia kepada nitrit dan seterusnya kepada nitrat. 

iv)                 Proses pengikatan nitrogen 

  1. Pengikatan nitrogen oleh bakteria simbiosis pada legum/nodul akar pokok kekacang iaitu oleh bakteria Rhizobium sp. 
  2. Pengikatan nitrogen oleh bakteria bebas seperti Clostridium sp. dan Azatobakter sp., Cyanobakteria seperti Anabaena sp. dan Nostoc sp. 

v)                  Proses pembajaan 

Pembuatan baja dari ammonia yang diperoleh melalui proses Haber iaitu melalui campuran gas hidrogen dan gas nitrogen dari atmosfera. Proses ini menghasilkan baja ammonia seperti baja padi akan meningkatkan kandungan nitrat dalam tanah. 

vi)                 Proses perkumuhan haiwan 

Haiwan yang memperolehi sebatian nitrogen dalam bentuk protein dari tumbuh-tumbuhan akan mengembalikan semula unsur nitrogen melalui pembebasan air kencing dan najisnya dalam proses perkumuhan. Bahan perkumuhan ini akan direputkan oleh agen saprofit (pereput) sebelum menukarkan ammonia kepada nitrit dan nitrat oleh bakteria penitritan seperti Nitrosomonas sp. (ammonia kepada nitrit) dan Nitrobakter sp. (nitrit kepada nitrat) 

vii)               Proses pereputan bahan organik 

Pereputan bahan organik sama ada dari sisa tumbuhan atau tanaman mati, pereputan najis haiwan atau haiwan mati akan ditukarkan kepada ammonia sebelum dinitratkan oleh bakteria kepada nitrat ke dalam tanah. 

 

2.       Proses pengambilan (tanah mengalami kehilangan nitrogen/nitrat) 

  1. Letusan gunung berapi 

    Letusan gunung berapi akan mengeluarkan sebatian nitrogen dari dalam tanah dan telah membebaskan dalam bentuk gas nitrogen dioksida ke atmosfera.  
  2. Pembakaran bahan organik 

    Pembakaran bahan organik sama ada secara semula jadi seperti kebakaran hutan secara semula jadi atau kebakaran tanah gambut atau melalui aktiviti manusia seperti pembakaran hutan, pembakaran sampah sarap, atau pembakaran sisa pertanian telah membebaskan gas nitrogen dioksida ke atmosfera. 
  3. Proses serapan akar 

    Penyerapan unsur nitrat oleh akar pokok akan mengurangkan kandungan nitrat dalam tanah. Proses ini diburukkan lagi oleh aktiviti pertanian secara giat sehingga menghilangkan kesuburan tanah. 
  4. Proses larut resap 

    Proses larut resap berlaku apabila kegiatan pengairan dan penyiraman tanaman berlebihan akan melarutkan unsur nitrat dan meresap jauh ke dalam tanah sehingga tidak dapat dicapai oleh akar tanaman atau tumbuhan. 
  5. Proses pendenitritan  

Proses pengambilan nitrat dari dalam tanah oleh bakteria pendenitritan seperti Thiobacillus sp. dan Pseudomonas sp. lalu membebaskan gas nitrogen ke atmosfera. 

Kepentingan kitar nitrogen kepada alam sekitar 

Kepentingan kepada alam sekitar fizikal 

  1. Menyimbangkan kandungan gas nitrogen di atmosfera. 
  2. Meningkatkan kesuburan tanah. 
  3. Mempercepatkan proses pereputan sisa organik. 
  4. Memperlengkapkan dan meneruskan rantaian dan siratan makanan. 
  5. Membentuk unsur protein dalan tumbuhan dan haiwan. 

Kepentingan kepada alam sekitar manusia 

  1. Meningkatkan hasil tanaman dengan peningkatan kesuburan tanah. 
  2. Membantu industri pembuatan baja. 
  3. Membina tisu badan manusia. 
  4. Membekalkan protein kepada manusia. 
  5. Membantu proses pereputan sisa buangan. 

    Gangguan manusia terhadap kitar nitrogen 

1.       Aktiviti pertanian 

  1. Aktiviti pembajaan – meningkatkan kandungan nitrat dalam tanah terutamanya penggunaan baja bernitrogen. 
  2. Aktiviti pengairan/penyiraman 

    Aktiviti penyiraman berlebihan atau aktiviti pertanian akan meningkatkan proses larut resap nitrat dalam jauh ke dalam tanah. 
  3. Aktiviti penanaman pokok kekacang 

    Penanaman pokok kekacang seperti kacang tanah, kacang buncis atau kacang panjang akan meningkatkan kandungan nitrat dalam tanah melalui proses pengikatan nitrogen oleh bakteria Rhizobium sp. iaitu bakteria simbiosis pada legum akar pokok kekacang  
  4. Aktiviti pertanian giat 

    Aktiviti pertanian giat akan meningkatkan penyerapan unsur nitrat dalam tanah secara berterusan sehingga menghilangkan kesuburan tanah. 
  5. Aktiviti pembakaran sisa pertanian 

    Pembakaran sisa pertanian seperti pembakaran jerami padi akan meningkatkan kandungan nitrat dalam tanah dan meningkatkan pembebasan gas nitrogen oksida di atmosfera. 

2.       Aktiviti pembakaran hutan akan meningkatkan kandungan nitrogen oksida di atmosfera. 

3.       Aktiviti pembakaran sampah sarap meningkatkan kandungan oksida ke atmosfera dan kandungan nitrat dalam tanah. 

 

Bakteria yang terlibat dalam kitar nitrogen 

  1. Rhizobium sp. 
  2. Clostridium sp. 
  3. Azatobakter sp. 
  4. Nitrosomonas sp. 
  5. Nitrobakter sp. 
  6. Anabaena sp. 
  7. Nostoc sp. 
  8. Thiobacillus sp. 
  9. Pseudomonas sp. 

Tuesday, September 1, 2020

Latihan1 Geografi P3

latihan P3 Bahagian 1 1. Apakah yang dimaksudkan dengan abiotik? (3) Abiotik ialah kumpulan bukan hidup yang terdapat dalam sesebuah sistem seperti air, udara, tanah dan mineral seperti nutrien. Abiotik amat penting dalam sesebuah ekosistem kerana ia merupakan habitat hidupan. 2. Nyatakan tiga komponen abiotik yang terdapat dalam ekosistem hutan hujan tropika. [3] Tiga komponen abiotik yang terdapat dalam ekosistem hutan hujan tropika: (i)Tenaga matahari-Membekalkan sumber tenaga kepada pengeluar, iaitu tumbuh sepanjang tahun dengan suhu di antara 26 °C hingga 27 °C dengan bezantara suhu tahunan yang kecil. (ii) Hujan-Membekalkan jumlah hujan yang banyak dan lebat dengan jumlah 2 030 mm setahun, menjamin kelembapan udara dan tiada musim kering yang nyata. (iii) Tanih - Batuan yang terhasil daripada proses luluhawa kimia menghasilkan pelbagai jenis regolit seperti tanah liat, tanah pasir, aluvium dan lain-lain. 3. Huraikan dua proses pemindahan tenaga dalam rantaian makanan hutan hujan tropika. [4] Dua proses pemindahan tenaga dalam rantaian makanan ekosistem hutan hujan tropika: (i) Tenaga dipindahkan terus dari matahari kepada pengeluar untuk membuat makanan melalui proses fotosintesis. Tumbuh-tumbuhan akan menyimpan tenaga kimia dalam bentuk karbohidrat, protein, lemak dan asid tumbuhan. (ii) Pengeluar atau tumbuhan akan memindahkan tenaga haba dan kimia kepada pengguna kedua seperti arnab, burung, tikus dan tupai apabila memakan tumbuhan yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak. Pemindahan tenaga haba berlakumelalui proses respirasi. (iii) Apabila haiwan karnivor memakan haiwan herbivor, berlaku pemindahan tenaga daripada pengguna pertama kepada pengguna kedua. Contohnya seperti ular yang memakan tikus. Perpindahan tenaga kimia diperoleh melalui tisu tisu badan haiwan herbivor. (iv) Omnivor (pengguna tertier) akan mendapat pemindahan tenaga kimia dan haba daripada pengguna sekunder dan primer apabila haiwan ini memakan haiwan lain dan tumbuhan. v) Organisma pengurai seperti bakteria, kulat, ulat dan cacing tanah memperoleh tenaga kimia daripada tisu organisma yang mati dan mereput. Mikroorganisma akan mereput dan menguraikan jisim organik yang mati. 4. Huraikan dua komponen ekosistem berasaskan pendekatan struktur. [4] Dua komponen ekosistem berasaskan pendekatan struktur: (i) Benda bukan hidupan--Kitaran bahan kimia dalam sesebuah ekosistem seperti fosforus, kalsium, nitrogen, karbon dioksida, oksigen dan lain-lain. (ii) Organisma autotrof-Kumpulan organisma yang menggunakan tenaga suria untuk menghasilkan makanan sendiri dan mengubahnya kepada tenaga kimia. (iii) Organisma heterotrof merupakan kumpulan pengguna yang terbesar yang terdiri daripada haiwan dan manusia. (iv) Organisma pereput dan pengurai yang berfungsi mereputkan dan menguraikan bahan organisma yang kompleks, menyerap reputan dan mengeluarkan semula bahan tersebut sebagai nutrien tanah. Antara organisma tersebut ialah kulat, bakteria, cacing tanah dan kumbang najis 5. Nyatakan tiga ciri piramid ekologi. [3] Tiga ciri piramid ekologi: Bilangan organisma semakin berkurangan dan sedikit apabila menuju ke puncak. Tenaga semakin berkurangan apabila semakin menuju ke puncak piramid. Bilangan pengguna dan pengeluar tidak seimbang. Pengguna yang terakhir berada di puncak piramid ekologi. 6. Apakah yang dimaksudkan dengan pengguna herbivor?[2] Pengguna herbivor ialah pengguna primer atau haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan dan bergantung sepenuhnya kepada tumbuh tumbuhan tersebut seperti ulat, serangga, arnab, rusa, kijang dan sebagainya yang memakan makanan yang dihasilkan oleh pengeluar seperti pucuk, bunga dan buah. 7. Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan ekologi? [3] Keseimbangan ekologi bermaksud sesebuah ekosistem mempunyai keupayaan pemulihan kendiri untuk mencapai keseimbangan dan kestabilan yang berkekalan. Keseimbangan ekologi dapat dicapai melalui keseimbangan input dan output tenaga yang menghasilkan kitaran lengkap. 8. Dengan merujuk ekosistem hutan, bagaimanakah sesebuah ekosistem yang terganggu dapat mencapai keseimbangan? [4] Cara sesebuah ekosistem hutan yang terganggu boleh mencapai keseimbangan: (i) Musim kemarau-Hutan ragut akan mengalami kekeringan, tumbuhan mati, haiwan herbivor menjadi lemah dan tidak bertenaga kerana kekurangan makanan. Haiwan karnivor menjadi kuat dan bertenaga kerana mempunyai sumber makanan yang mudah dan banyak. (ii) Musim hujan-Tumbuhan akan tumbuh, membiak, membesar dan mengeluarkan makanan. Haiwan herbivor mudah mendapat makanan, populasi haiwan ini bertambah sebaliknya haiwan karnivor akan mengalami pengurangan kerana kesukaran mendapatkan makanan. 9. Nyatakan dua kesan gangguan ekosistem terhadap spesies flora dan fauna. [2] Dua kesan gangguan ekosistem terhadap spesies flora dan fauna: (i) Flora-Tumbuh-tumbuhan akan mati dan kering kerana tidak dapat menghasilkan makanan kerana kekurangan sumber air dan matahari untuk proses pembesaran dan pembiakan. (ii) Fauna-Pengguna primer dan sekunder akan berkurangan kerana kekurangan makanan. Tumbuhan tidak dapat menghasilkan makanan. Populasi pengguna tertier meningkat dengan cepat dan banyak kerana mempunyai sumber makanan yang banyak yang terdiri daripada pengguna sekunder dan primer. 10. Nyatakan satu faktor yang mempengaruhi keseimbangan ekosistem hutan.[1] Satu faktor yang mempengaruhi keseimbangan ekosistem hutan (i) Penyahhutanan secara semula jadi (ii) Pembinaan empangan hidroelektrik (iii) Pembalakan tanpa kawalan (iv) Aktiviti pertanian (v) Pembangunan infrastruktur 11. Huraikan fungsi saprofit dalam hutan hujan tropika. [2] Berfungsi menghuraikan bahan-bahan organisma yang mati dan reput dalam sesebuah ekosistem dan menghasilkan nutrien bukan organik, faitu nitrogen, fosforus, karbon potassium dan sebagainya yang berguna kepada pengeluar, iaitu tumbuhan untuk tumbuh dan membesar dan menghasilkan makanan. 12. Apakah yang dimaksudkan dengan aras trofik? [3] Aras makanan dan pemakanan dalam sesebuah ekosistem secara berturutan sama ada pengeluar, pengguna primer, pengguna sekunder atau pengguna tertier. 13. Huraikan perbezaan antara siratan makanan dengan rantaian makanan. [4] -Rantaian makanan- pemindahan atau aliran tenaga, elemen2 kimia atau beberapa jenis sebatian dari satu organisma ke organisma yang lain di sepanjang satu aliran melalui proses makan dan dimakan bermula daripada tumbuhan sebagai pengeluar hingga pengguna tertier -Siratan makanan- pemindahan atau aliran tenaga, elemen2 kimia atau beberapa jenis sebatian dari satu organisma ke organisma yang lain melalui pelbagai arah aliran yang kompleks melalui proses makan dan dimakan bermula daripada tumbuhan sebagai pengeluar hingga pengguna tertier dalam sesuatu ekosistem. 14. Nyatakan tiga cara manusia mengganggu aktiviti siratan makanan. [3] -Penebangan pokok atau penyahutanan dalam aktiviti pembalakan dan pembinaan - menjejaskan pengeluar dalam siratan makanan -Pengutipan hasil hutan yang berlebihan menjejaskan sumber makanan pengguna primer. -Pembinaan petempatan di kawasan hutan untuk pelbagai tujuan seperti pembinaan chalet boleh mengganggu habitat haiwan. Ini menyebabkan penghijrahan sesetengah haiwan sebagai pengguna primer dan sekunder yang menjadi sumber makanan kepada sesetengah haiwan sebagai pengguna sekunder dan tertier. -Kegiatan menangkap sesetengah haiwan dalam aktiviti perburuan seperti rusa, kancil, landak, burung dan sebagainya menjejaskan sumber makanan kepada pengguna sekunder dan tertier 15. Apakah yang dimaksudkan dengan autotrof? [3] Autotrof ialah tumbuhan yang boleh memproses makanan sendiri dengan menggunakan cahaya matahari yang diterimanya melalui proses fotosintesis. Tumbuhan hijau akan, menukarkan karbon dioksida dan air dan membentuk gula serta mengeluarkan gas oksigen sebagai bahan sampingan. 16. Nyatakan tiga peranan tumbuh-tumbuhan dalam sesebuah ekosistem. [3] -mengawal keseimbangan ekosistem sebagai pengeluar utama dalam rantaian dan siratan makanan -menukarkan tenaga suria kepada tenaga kimia melalui proses fotosintesis -Tumbuhan saprofit seperti lumut dan kulat berperanan menguraikan bahan organik seperti buah dan daun yang gugur, najis dan air kencing haiwan serta haiwan dan tumbuhan mati untuk mengembalikan nutrien kepada tanah -Tumbuhan melalui proses fotosintesis menyerap gas karbon dioksida dan membebaskan gas oksigen dalam respirasi dan pernafasan haiwan.

Wednesday, April 8, 2020

Serakan

Serakan ialah proses perubahan arah pancaran matahari atau pemindahan bahangan matahari secara mendatar apabila melalui atmosfera yang mengandungi pepejal terampai seperti habuk dan bahan PM10 yang lain di atmosfera. Sekiranya diameter habuk lebih besar daripada jarak gelombang matahari, maka akan berlaku serakan Mie. Manakala serakan Rayleigh berlaku apabila diameter habuk lebih kecil dari jarak gelombang matahari. Serakan cahaya matahari dibahagikan kepada dua jenis mengikut saiz habuk dan debu yang terampai di atmosfera. Iaitu:- 1. Serakan Rayleigh Serakan yang berlaku terhadap cahaya matahari semasa habuk dan debu yang kecil dengan diameter habuk dan debu yang lebih kecil dari jarak gelombang cahaya matahari. Serakan ini menunjukkan udara yang bersih dengan langit kelihatan berwarna biru. 2. Serakan Mie Serakan yang berlaku terhadap cahaya matahari semasa habuk dan debu yang besar dengan diameter habuk dan debu yang lebih besar dari jarak gelombang cahaya matahari. Serakan ini menunjukkan udara yang tercemar dengan langit kelihatan berwarna merah keperangan.

Saturday, August 24, 2019

Latihan 4 Geografi P3 STPM 2019 Bahagian A

Latihan 4 Semester 3


1. a) Terangkan maksud kitaran nutrien. (2)

    b) Jelaskan dua cara komponen biotik mendapat nutrien dalam ekosistem. (4)

    c) "Manusia boleh mengganggu kitar nutrien dalam ekosistem." Jelaskan pernyataan ini. (4)


2. a) Terangkan maksud kitar karbon. (3)

    b) Nyatakan tiga bentuk karbon. (3)

    c) Jelaskan dua kesan yang wujud akibat lebihan kandungan karbon di atmosfera terhadap alam sekitar fizikal. (4)


3. a) Terangkan maksud"pengembalian nitrogen" dan "pengambilan nitrogen". (4)

    b) Nyatakan dua proses yang membentuk kitar nitrogen. (2)

    c) Jelaskan dua kepentingan nitrogen kepada manusia. (4)


4. a) Terangkan maksud kitar oksigen. (3)

    b) Jelaskan proses pembakaran dan proses fotosintesis dalam kitar oksigen. (4)

    c) Jelaskan dua kepentingan oksigen kepada alam sekitar fizikal. (4)


5. a) Senaraikan dua jenis kitaran nutrien. (2)

     b) "Aktiviti pembalakan dan kebakaran hutan boleh mempengaruhi kitar nutrien." Jelaskan pernyataan ini. (4)

    c) Jelaskan dua kepentingan kitar nutrien kepada alam sekitar fizikal. (4)


6. a) Bagaimanakah kitar karbon berlaku dalam ekosistem hutan hujan tropika? (2)

    b) Terangkan dua proses semula jadi yang menyebabkan berlakunya pertambahan gas karbon dioksida dalam ekosistem hutan hujan tropika. (4)

    c) Jelaskan dua aktiviti manusia yang mengganggu keseimbangan kitar karbon dalam sesebuah ekosistem daratan. (4)


7. a) "Kini oksigen semakin penting terhadap aktiviti manusia, terutama bidang perindustrian". Jelaskan pernyataan ini. (3)

    b) Nyatakan dua fungsi pengurai dalam kitar nutrien ekosistem daratan. (4)

    c) Huraikan proses-proses kitar karbon dalam fasa berikut : 

i) fasa biosfera (2)

ii) fasa litosfera (2)

iii) fasa atmosfera (2)


8. a) Apakah yang dimaksudkan dengan kitaran nitrogen? (3)

     b) Jelaskan fungsi bakteria berikut dalam kitar nitrogen.

i) Rhizobium (2)

ii) Clostridium (2)

iii) Azatobactor (2) 

iv) Nitrosomonas (2)

v). Nitrobacter (2)

vi) Thiobacillus (2)

vii) Pseudomonas (2)

   c) Nyatakan dua aktiviti pertanian yang mengganggu proses kitaran nitrogen. (2)


9. a) "Karbon dikatakan mempunyai kepentingan terhadap alam sekitar manusia." Jelaskan dua kepentingan tersebut. (4)

     b) Mengapakah kitaran oksigen dan kitaran karbon selalu digandingkan bersama? (4)

     c) Senaraikan tiga kepentingan kitar nitrogen terhadap alam sekitar fizikal. (3)


Jawapan Latihan 4 Semester 3


1. a) Terangkan maksud kitaran nutrien. (2)

Kitaran nutrien adalah aliran unsur-unsur kimia seperti Karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen dan kalsium melalui pelbagai proses daripada satu fasa kepada fasa yang lain dalam sebuah kitaran yang lengkap secara berterusan dan berkesinambungan.


    b) Jelaskan dua cara komponen biotik mendapat nutrien dalam ekosistem. (4)

Komponen autotrof yang mendapat sumber nutrien dengan membina makanan sendiri dengan bantuan cahaya matahari.
Komponen heterotrof pula mendapat sumber nutrien melalui proses makan dan dimakan.

(by : C. Nik)


    c) "Manusia boleh mengganggu kitar nutrien dalam ekosistem." Jelaskan pernyataan ini. (4)

Aktiviti penebangan hutan untuk pelbagai tujuan telah menjejaskan proses fotosintesis dan penyerapan nutrien oleh tumbuhan.
Aktiviti pertanian yang tidak sistematik mengganggu kandungan nutrien dalam tanah. Contohnya aktiviti pengairan yang berlebihan menyebabkan proses larut resap, aktiviti pertanian giat yang menjejaskan kesuburan tanah.

(by : C. Nik)


2. a) Terangkan maksud kitar karbon. (3)

Kitaran karbon ialah aliran karbon dalam pelbagai bentuk sama ada bentuk (sama ada gas, zat atau bentuk fosil) dalam pelbagai fasa (seperti atmosfera, biosfera dan litosfera) yang melibatkan pelbagai proses seperti fotosintesis, respirasi, pembakaran, pereputan dan pengaratan. 

(by : C. Nik)


    b) Nyatakan tiga bentuk karbon. (3)

i) Gas di atmosfera seperti Karbon dioksida dan karbon monoksida.

ii) Zat/nutrien seperti karbohidrat dan glukosa

iii) Mineral/fosil - seperti arang batu, petroleum dan gas asli.

(by : C. Nik)


    c) Jelaskan dua kesan yang wujud akibat lebihan kandungan karbon di atmosfera terhadap alam sekitar fizikal. (4)

i) Berlakunya peningkatan suhu setempat dan peningkatan suhu global kerana gas karbon dioksida merupakan gas rumah hijau yang lutsinar kepada gelombang pendek matahari tetapi legap kepada gelombang panjang bumi. 

ii) Meningkatkan kejadian hujan asid kerana gas karbon dioksida yang meresap ke dalam air hujan akan membentuk asid karbonik yang merupakan jenis hujan asid yang paling kerap berlaku.

(by : C. Nik)


3. a) Terangkan maksud"pengembalian nitrogen" dan "pengambilan nitrogen". (4)

Pengembalian nitrogen merujuk kepada pengembalian bahan bernitrogen seperti ammonia dan asid nitrit meresap masuk ke dalam tanah dan meningkatkan lagi unsur nitrat dalam tanah sebelum diserap oleh tumbuhan melalui pelbagai proses seperti kejadian kilat, perkumuhan, pereputan dan proses pengikatan nitrogen oleh bakteria.
Pengambilan nitrogen pula merujuk kepada proses-proses yang menyebabkan lapisan tanah mengalami kehilangan unsur nitrat seperti proses serapan akar, larut-resap dan proses pendinitritan.

(by : C. Nik)


    b) Nyatakan dua proses yang membentuk kitar nitrogen. (2)

Proses pengambilan nitrogen seperti serapan akar oleh tumbuh-tumbuhan.
Proses pengembalian nitrogen seperti kejadian kilat dan resapan air hujan.


    c) Jelaskan dua kepentingan nitrogen kepada manusia. (4)

Sumber protein kepada manusia. Protein yang diperolehi dari sumber tumbuhan seperti kekacang dan protein dari haiwan seperti daging dan telur mengandungi unsur nitrogen menjadi sumber makanan untuk pembesaran dan pembentukan sel-sel badan.

Sumber nitrat untuk kesuburan tanah dalam bidang pertanian. Nitrat dari tanah diserap oleh tanaman melalui akar menjadi asas dalam pembentukan sel tumbuhan seperti sel klorofil untuk membantu proses fotosintesis tanaman.

(by : C. Nik)


4. a) Terangkan maksud kitar oksigen. (3)

Kitar oksigen merujuk kepada proses-proses pengambilan oksigen dari atmosfera seperti pernafasan, pembakaran, pereputan dan pengaratan dan proses pembebasan oksigen iaitu fotosintesis tumbuhan yang berlaku secara berterusan dan berkesinambungan melalui pelbagai fasa di antara atmosfera dan biosfera.

(by : C. Nik)


    b) Jelaskan proses pembakaran dan proses fotosintesis dalam kitar oksigen. (4)

Proses pembakaran merupakan proses pengambilan oksigen dari atmosfera seperti pembakaran hutan, pembakaran sampah-sarap dan pembakaran bahan api fosil. Setiap proses pembakaran akan menyerap dan mengurangkan kandungan oksigen di atmosfera.

Proses fotosintesis adalah proses pembebasan oksigen oleh tumbuhan hijau untuk membuat makanan sendiri dengan menyerap karbon dioksida dengan bantuan cahaya matahari, air dan nutrien tanah. Proses fotosintesis akan meningkatkan kandungan oksigen di atmosfera.

(by : C. Nik)


    c) Jelaskan dua kepentingan oksigen kepada alam sekitar fizikal. (4)

i) Untuk pernafasan haiwan

ii) Untuk membantu proses pereputan bahan organik

iii) Untuk proses pengaratan batuan berunsur besi bagi pembentukan tanah laterit

.
5. a) Senaraikan dua jenis kitaran nutrien. (2)

i) Kitar karbon

ii) Kitar nitrogen

iii) Kitar kalsium

iv) Kitar sulfur

v) Kitar oksigen

vi) Kitar hidrogen

(Pilih mana-mana dua jawapan)


     b) "Aktiviti pembalakan dan kebakaran hutan boleh mempengaruhi kitar nutrien." Jelaskan pernyataan ini. (4)

Aktiviti pembalakan yang menentang pokok balak akan mengurangkan proses fotosintesis yang menyerap gas karbon dioksida dalam kitaran karbon.

Aktiviti kebakaran hutan akan meningkatkan penyerapan oksigen dalam kitaran oksigen.

(by : C. Nik)


    c) Jelaskan dua kepentingan kitar nutrien kepada alam sekitar fizikal. (4)

i) Menyeimbangkan kandungan gas di atmosfera seperti oksigen, karbon dioksida dan nitrogen.

ii) Meningkatkan kesuburan tanah melalui proses penitratan dalam kitaran nitrogen.
iii) Membantu proses fotosintesis tumbuhan sebagai pengeluar dalam siratan makanan di sesebuah ekosistem melalui kitaran karbon.

(Pilih mana-mana dua jawapan)

(by : C. Nik)


6. a) Bagaimanakah kitar karbon berlaku dalam ekosistem hutan hujan tropika? (2)

Kitar karbon berlaku melalui proses fotosintesis tumbuhan hijau seperti pokok meranti, keruing, seraya, merbau dan sebagainya dalam ekosistem hutan hujan tropika. Tumbuhan ini akan menyerap gas karbon dioksida untuk membuat makanan sendiri lalu disimpan dalam bentuk karbohidrat, protein dan glukosa dan menjadi pengeluar dalam siratan makanan.

(by : C. Nik)


    b) Terangkan dua proses semula jadi yang menyebabkan berlakunya pertambahan gas karbon dioksida dalam ekosistem hutan hujan tropika. (4)

i) Proses kebakaran hutan secara semula jadi dalam ekosistem hutan hujan tropika akan membebaskan gas karbon dioksida ke atmosfera. Kebakaran hutan secara semula jadi mungkin berpunca daripada keadaan yang terlalu panas dan kering seperti semasa kejadian el-nino.

ii) Proses pereputan bahan-bahan organik seperti pereputan tumbuhan dan haiwan mati atau pereputan najis haiwan seperti najis dan air kencing gajah, musang, harimau dan sebagainya akan membebaskan karbon dioksida ke atmosfera.


    c) Jelaskan dua aktiviti manusia yang mengganggu keseimbangan kitar karbon dalam sesebuah ekosistem daratan. (4)

i) Aktiviti pembalakan - Penebangan pokok kayu balak dalam ekosistem hutan seperti pokok tualang, merbau, keruin, meranti dan seraya akan mengurangkan proses penyerapan gas karbon dioksida oleh fotosintesis pokok.

ii) Aktiviti pertanian pindah yang menjalankan kaedah tebang dan bakar. Pembakaran hutan  oleh orang asli telah membebaskan gas karbon dioksida ke atmosfera. Kepupusan kawasan hutan primer juga akan mengurangkan proses penyerapan gas karbon dioksida oleh fotosintesis tumbuhan.


7. a) "Kini oksigen semakin penting terhadap aktiviti manusia, terutama bidang perindustrian". Jelaskan pernyataan ini. (3)
 
Kini oksigen semakin penting terhadap aktiviti manusia. Oksigen digunakan secara meluas dalam sektor peleburan besi dan keluli. Penggunaan oksigen akan meningkatkan suhu atau haba dalam relau pembakaran selain mengurangkan pengeluaran jelaga, is menjimatkan masa dan kos operasi.


    b) Nyatakan dua fungsi pengurai dalam kitar nutrien ekosistem daratan. (4)

-Pengurai berfungsi sebagai pereput akan menukarkan bahan organik membentuk ammonia dan asid nitrit dalam kitaran nitrogen. Proses penitratan ammonia dan asid nitrit oleh bakteria yang menghasilkan nitrat kepada tanah.

-Pengurai seperti bakteria juga bertindak sebagai pengikat nitrogen lalu menukarkannya kepada nitrat ke dalam lapisan tanah dalam kitar nitrogen.

-Pengurai seperti kulat dan bakteria juga akan mereputkan bahan-bahan organik bagi membentuk lapisan gambut yang menjadi asas kepada pembentukan mendapan fosil dalam kitar karbon seperti arang batu, petroleum dan gas asli.

(Pilih mana-mana dua jawapan)

(by : C. Nik)


    c) Huraikan proses-proses kitar karbon dalam fasa berikut : 


i) fasa biosfera (2)

Proses fotosintesis - Tumbuhan menyerap gas karbon dioksida dalam atmosfera untuk menjalankan proses fotosintesis. Unsur karbon disimpan dalam bentuk karbohidrat dan glukosa dalam akar, buah dan batang pokok.


ii) fasa litosfera (2)

Proses pereputan dan pemendapan bahan-bahan organik yang menjadi asas kepada pembentukan bahan api fosil seperti arang batu, petroleum dan gas asli yang tersimpan di dalam kerak bumi.


iii) fasa atmosfera (2)

Proses pembakaran bahan api fosil, pembakaran hutan dan pembakaran sampah-sarap akan membebaskan gas-gas yang mengandungi unsur karbon seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan hidrokarbon.

(by : C. Nik)


8. a) Apakah yang dimaksudkan dengan kitaran nitrogen? (3)

Proses-proses pengambilan dan pengembalian unsur nitrogen di dalam tanah kepada fasa atmosfera dan biosfera melalui pelbagai proses seperti pancaran kilat dan resapan air hujan, serapan akar, pembajaan dan larut resap yang berlaku secara lengkap, berterusan dan berkesinambungan.

(by : C. Nik)



    b) Jelaskan fungsi bakteria berikut dalam kitar nitrogen.


i) Rhizobium (2)

-merupakan bakteria pada legum akar kekacang yang mengikat nitrogen


ii) Clostridium (2)

merupakan bakteria bebas yang mengikat nitrogen


iii) Azatobactor (2) 

merupakan bakteria bebas yang mengikat nitrogen


iv) nitrosomonas (2)

Merupakan bakteria penitratan yang menukarkan ammonia kepada nitrit

.
v) nitrobacter (2)

Merupakan bakteria penitratan yang menukarkan nitrit kepada nitrat.


vi) Thiobacillus (2)

Merupakan bakteria pendinitritan yang menukarkan nitrat kepada nitrogen.


vii) Pseudomonas (2)

Merupakan bakteria pendinitritan yang menukarkan nitrat kepada nitrogen.

(by : C. Nik)


    c) Nyatakan dua aktiviti pertanian yang mengganggu proses kitaran nitrogen. (2)

i) Aktiviti menyiram/pengairan berlebihan menyebabkan berlakunya proses larut resap yang mengurangkan kandungan nitrat dalam tanah.

ii) Aktiviti pembajaan akan meningkatkan kandungan nitrat dalam tanah

(by : C. Nik)


9. a) "Karbon dikatakan mempunyai kepentingan terhadap alam sekitar manusia." Jelaskan dua kepentingan tersebut. (4)

i) Sebagai bahan bakar. Bahan api fosil seperti arang batu, petroleum dan gas asli merupakan bahan bakar dan sumber tenaga yang penting dalam pelbagai aktiviti manusia.

ii) Sebagai bahan penting dalam industri. Gas karbon digunakan dalam industri membuat minuman berkarbonat. Gas karbon dioksida juga digunakan dalam industri membuat alat pemadam api.


     b) Mengapakah kitaran oksigen dan kitaran karbon selalu digandingkan bersama? (4)
Kitaran oksigen dan kitaran karbon berlaku dalam proses yang sama iaitu fotosintesis, pembakaran, pernafasan, pereputan dan pengaratan. Dalam setiap proses-proses ini, apabila berlakunya proses penyerapan oksigen akan menyebabkan pembebasan karbon dioksida dan setiap kali berlakunya proses penyerapan karbon dioksida akan membebaskan oksigen.

(by : C. Nik)



     c) Senaraikan tiga kepentingan kitar nitrogen terhadap alam sekitar fizikal. (3)

1. Membekalkan nitrat kepada tumbuhan.

2. Meningkatkan kesuburan tanah.

3. Menseimbangkan kandungan nitrogen dalam atmosfera.

Wednesday, August 21, 2019

Nota ringkas Bahagian A Penggal 3 Geografi STPM 2019

Sistem Ekologi TEMA : SISTEM EKOLOGI Ekologi merupakan satu kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan alam sekitar. Terjadinya saling pergantungan di antara satu komuniti masing-masing dengan alam persekitarannya. Contohnya: mengkaji tentang hubungan manusia (komuniti hidup) dengan alam seperti tanah untuk kediaman, air untuk minuman, udara untuk pernafasan dan sebagainya. Ekosistem Merupakan satu sistem yang melibatkan interaksi antara satu komuniti yang bernyawa iaitu manusia, haiwan dan tumbuhan dengan alam sekitarnya yang tidak bernyawa Komponen ekosistem Ekosistem mempunyai dua komponen yang utama iaitu: komponen biotik komponen abiotik Komponen biotik Merangkumi benda-benda hidup yang terdapat di dalam sesebuah ekosistem iaitu merangkumi - manusia - haiwan - tumbuh-tumbuhan - mikro organisma Komponen ini boleh dipecahkan kepada tiga kumpulan utama iaitu: 1 pengeluar 2. Pengguna 3. Pengurai Pengeluar Dikenali sebagai tumbuh-tumbuhan. Ia mampu menghasilkan makanannya sendiri dengan bergantung kepada alam persekitarannya yang tidak bernyawa seperti cahaya matahari, nutrien dalam tanah, air dan lain-lain melalui proses fotosintesis. Pengguna Merangkumi benda hidup selain daripada tumbuh-tumbuhan iaitu manusia dan haiwan. Pengguna boleh dipecahkan kepada 3 kumpulan iaitu Pengguna primer (herbivor) merupakan pengguna yang berada ditahap paling rendah/bawah, biasanya merangkumi binatang yang hanya memakan agen pengeluar iaitu tumbuh-umbuhan. Contoh- ulat dan belalang. Pengguna sekunder (karnivor) merupakan haiwan yang berada pada tahap kedua iaitu selepas pengguna primer. Ia biasannya akan mendapat makanan dengan memakan pengguna peringkat primer. Contoh: ayam sebagai sebagai pengguna sekunder akan memakan ulat iaitu pengguna primer sebagai makanannya. Pengguna tertier (omnivore) merupakan pengguna peringkat ketiga dan yang paling atas. Pengguna tertier akan menjadikan pengguna sekunder sebagai makanannya. Contoh: burung helang- burung helang akan memakan ayam sebagai makanannya Pengguna juga boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan iaitu 1. pengguna herbivor- merupakan binatang yang hanya memakan tumbuhan sahaja sebagai makanannya. Contoh: ulat, belalang, kambing, lembu, dan lain-lain 2. pengguna karnivor- merupakan haiwan yang memakan daging sebagai makanannya. Contoh: harimau, burung helang dan ular. 3. Pengguna omvivor- merupakan haiwan yang memakan tumbuhan dan daging. Contoh: manausia Pengurai merupakan egen saprofik iaitu terdiri daripada bakteria, kulat dan cacing. Ia berperanan untuk mengurai bahan-bahan organik seperti bangkai haiwan, manusia dan tumbuh-tumbuhan yang mana ia akan membebaskan nutrien-nutrien bukan organik seperti nitrogen, karbon dan lain-lain dan akan digunakan kembali oleh tumbuhan untuk pembesarannya. Komponen Abiotik Komponen abiotik terdiri daripada benda-benda yang membentuk alam persekitaran di sekeliling kehidupan seperti cahaya matahari, air, udara, mineral dalam tanah- kesemua unsur ini akan digunakan oleh kumpulan biotik dalam pelbagai cara dan pelbagai keadaan. Contohnya: hidupan air perlukan air untuk hidup dan udara dalam air diperlukan unuk bernafas. Aliran tenaga dalam rantaian makanan dan siratan makanan Rantaian makanan merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia, dan beberapa jenis sebatian daripada satu organisma kepada organisma yang lain di sepanjang satu hala. Contoh; tumbuhan---------- belalang----------- ayam------------berung helang (pengeluar ) (pguna Pertama) (pguna Kedua) (pguna ketiga) Siratan makanan pula merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia dalam satu jaringan yang kompleks yang terdiri daripada beberapa rantaian makanan yang saling berkaitan dan berinteraksi. Matahari sebagai punca tenaga Matahari merupakan punca utama tenaga dalam rantaian makanan dan siratan makanan. Ini kerana tumbuhan (pengeluar) mendapat tenaga daripada cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis bagi membolehkan proses pembesaran dilakukan. Tanpa tenaga dari matahari tumbuhan tidak dapat menjalankan aktiviti pembesaran walaupun mendapat bekalan iaitu air, tanah dan nutrien di dalam tanah. Di dalam ekosistem ia wujud secara saling berkait sekiranya salah satu daripada komponen di dalam ekosistem terjejas ia akan mempengaruhi komponen yang lain. Sekiranya tumbuhan tidak mendapat cahaya matahari ia tidak dapat melakukan pembesaran dan akan mati. Apabila tumbuhan mati ia akan mempengaruhi pengguna yang memakan tumbuhan kerana ketiadaan makanan akan menyebabkan pengguna primer akan mati apabila pengguna pertama telah pupus, ia akan mengancam pengguna sekunder yang bergantung hidup kepadanya dan begitulah seterusnya. Contoh: Tumbuhan (rumput)- mati kerana tidak boleh melakukan proses fotosintesis pengguna primer - juga akan pupus kerana kekurangan (belalang) makanan Pengguna sekunder - juga menghadapi masalah makanan kerana (ayam) makanan pengguna primer pupus Pengguna tertier - juga akan pupus kerana kekurangan makanan (helang) Jelasnya matahari adalah sumber tenaga di dalam rantaian dan siratan makanan kerana ia membantu kepada perkembangan tumbuhan. Aliran tenaga dalam rantaian makanan (ekosistem, hutan hujan tropika) Matahari merupakan punca tenaga bagi semua kehidupan. Pengeluar (tumbuhan) akan menggunakan cahaya matahari unuk melakukan proses fotosintesis bagi menghasilkan karbohidrat, protein bagi membantu proses pembesaran dan pembiakan. Ini menunjukkan tenaga haba dan cahaya dipindahkan dari cahaya matahari kepada tumbuhan. 90% tenaga itu hilang melalui proses tumbesaran, pernafasan dan lain-lain. 10% disimpan dalam tisu badan (daun, akar, batang dan lain-lain) Tumbuhan dimakan oleh pengguna pertama (ulat/belalang) bagi menambahkan tenaga supaya ulat/belalang dapat bergerak, membesar dan membiak dengan sempurna. Tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengeluar kepada pengguna pertama. 90% dari tenaga itu digunakan untuk pembesaran dan 10% disimpan. Pengguna primer (ulat/belalang) dimakan oleh pengguna sekunder (ayam) bagi menambahkan tenaga supaya pengguna sekunder dapat bergerak, membesar dan membiak dengan sempurna. Ini menunjukkan tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengguna primer kepada pengguna sekunder. 90% tenaganya digunakan dan 10% disimpan. Pengguna sekunder (ayam) dimakan oleh pengguna tertier (helang). Helang makan ayam untuk mendapatkan tenaga supaya ia dapat bergerak, membiak dan membesar dengan sempurna. Tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengguna sekunder kepada pengguna tertier. 90% dari tenaga itu digunakan untuk proses pembesaran dan 10% disimpan. Apabila semua organisma hidup ini mati, berlakulah proses penguraian oleh bakteria pengurai seperti bakteria, cacing dan kulat. Organisma pengurai mendapat tenaga kimia daripada pengeluar dan pengguna yang mati. Proses ini menambah nutrien ke dalam tanah dan seterusnya digunakan oleh pengeluar semula. Aras trofik Aras trofik merujuk kepada kedudukan organisma-organisma yang dihubungkaitkan oleh tenaga dalam rantai makanan di mana pengeluar pada aras pertama, herbivor (pengguna primer) aras kedua, Karnivor (pengguna sekunder) pada aras ketiga dan omvivor (pengguna tertier) pada aras ke empat. Piramid ekologi (Piramid aliran) dan kehilangan tenaga Piramid aliran bermaksud peringkat-peringkat atau tahap-tahap di dalam rantaian makanan dengan bilangan organisma atau haiwan yang terlibat di dalam setiap peringkat. Aliran tenaga dalam siratan makanan boleh dilihat dalam bentuk piramid kerana bilangan di setiap peringkat adalah tidak sama. Bilangan pengeluar adalah bilangan yang paling banyak dan berada di peringkat paling bawah di dalam piramid kerana bilangan pengeluar ini tidak menggnakan tenaga yang terlalu banyak untuk terus hidup. Selepas pengeluar pengguna primer pula berada di lapisan yang kedua. Ini kerana bilangan pengguna primer sedikit berbanding dengan pengeluar tetapi lebih berbanding dengan pengguna sekunder. Pengguna primer berada di atas pengeluar dalam piramid menunjukkan pengguna primer memerlukan tenaga yang lebih berbanding dengan pengeluar. Bilangan pengguna primer sedikit berbanding dengan pengeluar juga penting untuk memastikan pengguna primer mendapat makanan yang secukupnya. Pada peringkat ketiga piramid dihuni oleh pengguna sekunder. Bentuk piramid yang semakin mengecil ke atas mengambarkan bilangan pengguna sekunder lebih sedikit berbanding dengan pengguna primer. Dan ia berada di atas pengguna primer menggambarkan pengguna sekunder memerlukan tenaga yang banyak berbanding dengan pengguna primer. Bilangan pengguna sekunder sedikit berbanding dengan pengguna primer penting untuk memastikan supaya pengguna sekunder mendapat makanan yang secukupnya. Pada peringkat keempat atau puncak piramid dihuni oleh pengguna tertier. Ia berada di puncak menunjukkan tenaga yang diperlukan oleh pengguna tertier ini sangat banyak berbanding dengan pengguna-pengguna yang lain. Ruang yang runcing dan kecil menunjukkan bilangan pengguna ini adalah sangat sedikit. Ini penting untuk memastikan pengguna tertier ini mendapat makanan yang secukupnya. Piramid aliran dan kehilangan tenaga Sebenarnya susunan di dalam piramid ini penting kerana ia adalah bertujuan untuk memastikan berlakunya keseimbangan dan penerusan rantaian makanan di dalam satu-satu ekosistem. Sekiranya bilangan pengguna sekunder dan pengguna tertier lebih besar daripada pengguna primer dan pengeluar akan berlaku ketidakseimbangan di dalam sesebuah ekosistem Konsep kitar nutrien Kitaran bahan kimia/unsur kimia dalam biosfera/sebuah ekosistem berlaku secara berterusan melalui tiga fasa dalam edaran yang lengkap (oksigen, karbon, nitrogen) a) Kitar Nitrogen (dalam ekosistem pertanian) Fasa atmosfera- nitrogen wujud di atmosfera sebagai gas yang tidak boleh digunakan secara langsung oleh kebanyakan organisma. Nitrogen di atmosfera datang dari kilat, aktiviti perindustrian dan bakteria pengurai nitrogen dan juga pembakaran hutan. Fasa biosfera (manusia/tumbuhan/haiwan)- tumbuhan mendapat nitrogen melalui akar dalam bentuk ammonia atau nitrat dan ditukar kepada molekul organik (asid ammonia, protein dan lain-lain). Nitrat ke dalam tanah juga melalui bakteria pengikat nitrogen pada tumbuhan kekacang. Nitrat ini di serap oleh akar tumbuhan seterusnya tumbuhan dimakan oleh haiwan. Bahan kumuhan haiwan /manusia juga mengandungi ammonia. Fasa dalam tanah- Organisma mati mengalami proses pereputan menghasilkan ammonia atau nitrat ke dalam tanah. Nitrat ke dalam tanah juga daripada bakteria pengikat nitrogen menghasilkan baja nitrat dan baja ini akan diserap oleh tumbuhan terutama dalam aktiviti pertanian. Kitar Oksigen Oksigen yang terdapat dalam atmosfera/udara untuk pernafasan oleh haiwan dan manusia. Oksigen ini terhasil daripada proses fotosintesis oleh tumbuhan. Manusia bernafas membebaskan karbon dioksida, karbon dioksida juga terhasil dari proses pengaratan, proses pereputan dan proses pembakaran. Karbon dioksida ini digunakan /diambil oleh tumbuhan untuk fotosintesis. Melalui proses fotosintesis tumbuhan membebaskan oksigen ke atmosfera. Kitar Karbon Karbon dalam atmosfera dalam bentuk gas karbon dioksida yang terhasil daripada aktiviti pembakaran terutama yang menggunakan bahan api fosil dan juga dari proses pereputan jirim organik yang telah mati. Gas karbon dioksida ini digunakan oleh tumbuhan untuk proses fotosintesis bagi menghasilkan makanannya sendiri untuk proses pembesaran. Tumbuhan ini dimakan oleh organisma hidup iaitu haiwan. Apabila semua organisma hidup ini mati akan mengalami proses pereputan dan akan menghasilkan mendapan berkarbon minyak, arang batu, bahan gambut dan lain-lain) dalam tanah dan bahan ini akan digunakan pula untuk aktiviti pembakaran yang akan menghasilkan gas karbon dioksida semula ke atmosfera. Kepentingan ekosistem kepentingan ekosistem hutan 1 Sumber kayu kayan-menghasilkan sumber kayu dalam pelbagai bentuk untuk kegunaan tempatan dan eksport ini akan menghasilkan pendapatan negara. Di Malaysia terdapat 677 spesies pokok balak yang mempunyai nilai dagangan yang tinggi seperti cengal, meranti, seraya, keruing dan balau 2 Sumber makanan- kepelbagaian spesies tumbuhan hutan kaya dengan sumber makanan kepada hidupan 3 Ekonomi tradisional- orang-orang asli yang masih menjalankan pertanian pindah, mengutip dan berburu. Ekosistem hutan juga menjadi habitat atau tempat tempat tinggal orang-orang asli di samping sumber hutan sebagai sumber makanannya. Sumber hutan juga menjadi sumber ekonomi orang-orang asli dengan menjual rotan, akar-akar kayu, damar dan lain-lain. 4. Sektor pelancongan- Kepelbagaian spesies flora dan fauna mampu menarik pelancongan dan seterusnya akan menambahkan pendapatan penduduk dan Negara. Kawasan hutan seperti Taman Negara di Pahang. Hutan Endau Rompin, Taman Negara Sepilok di Sabah dan lain-lain terkenal dengan destinasi pelancongan utama kerana keindahan khazanah kepelbagaian biologi hutannya. 5 Kawasan tadahan air- bagi membekalkan air kepada empangan untuk keperluan manusia dan hidupan. 6 Habitat flora dan fauna- Contoh hutan Amazon bagi satu hektar hutan terdapat 750 spesies haiwan dan 1500 jenis spesies tumbuhan. Haiwan ini hidup, membesar dan membiak dengan sempurna di dalam hutan. 7 Elak hakisan tanah-litupan tumbuhan melindungi tanah daripada hakisan percikan atau hempasan air hujan dan mengurangkan hakisan larian air permukaan melalui cengkaman akar. 8 Menyederhanakan suhu sekitar- berkaitan dengan kelembapan udara yang tinggi di kawasan hutan tebal maka suhu persekitaran juga adalah sederhana. Udara yang nyaman ini menjamin habitat yang sesuai untuk kepelbagaian spesies fauna dan flora hidup, membesar dan membiak. 9. Mengurangkan kelajuan angin- Di kawasan hutan hujan tropika tiupan angin sentiasa tenang dan nyaman. Dirian pokok dan kanopinya mampu mengurangkan halaju angin dengan berkesan. 10. Membekalkan oksigen- tumbuhan melakukan proses fotosintesis dengan adanya cahaya matahari, air dan bahan-bahan mineral dalam tanah. Melalui proses tersebut oksigen dapat dibebaskan. Kepentingan Hutan Paya Bakau (kepada manusia) 1. Sumber kayu arang,kayu api dan lain-lain. Kepada manusia 2 Untuk bahan binaan- cerucuk dan pancang kayu dalam pembinaan benteng dan jambatan dan tiang rumah. 3. Sumber perubatan – ubat sakit kerongkong dari bakau minyak dan ubat tahan muntah dari bakau perepat. 4. Sumber makanan yang menghasilkan pendapatan tambahan kepada nelayan pantai dari tangkapan pelbagai jenis ikan, ketam nipah, lokan, kerang, Kepah dan lain-lain. 5. Kawasan hutan bakau telah diubah menjadi kolam-kolam ternakan akuakultur seperti ternakan ikan kerapu dan udang harimau. 6. Sesetengah tempat- hutan dikekalkan dalam keadaan semula jadi sebagai Satu tarikan pelancong- ia berfungsi sebagai eko pelancongan. (kepada alam sekitar) 7. Membekalkan oksigen –tumbuhan bakau yang menghijau menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen menerusi proses fotosintesis 8. Mengawal hakisan/menstabilkan muara sungai/pesisir pantai- pokok-pokok bakau yang berakar ceracak dan tumbuh dengan padat dapat mengurangkan pengaliran sedimen dan mencengkam struktur tanah di kawasan pesisir pantai tersebut. 9 Menghalang angin kencang- hutan bakau sebagai zon penampang yang boleh menghalang tiupan angin kencang dari laut ke kawasan pedalaman. 10 Penapis bahan pencemar- hutan paya bakau berupaya menyerap bahan pencemar seperti sebatian nitrogen dan fosforus. 11. Habitat pelbagai jenis hidupan air. Berfungsi sebagai tempat pembiakan dan perlindungan pelbagai jenis udang, ketam, kepah, kerang dan lain-lain. Kawasan ini sesuai untuk pembiakan kerana air yang tenang dan banyak plankton sebaqgai sumber makanan. Keseimbangan ekosistem Merupakan usaha mengekalkan keseimbangan sesuatu ekosistem dengan melibatkan pengekalan komponen biotik dan abiotik secara seimbang dari segi interaksi di antara satu dengan yang lain. Perubahan yang berlaku pada sesuatu komponen ekosistem boleh mencetuskan reaksi daripada komponen lain bagi penyesuaian satu keseimbangan ekosistem baru. Faktor utama yang menyebabkan sesebuah ekosistem terganggu ialah: 1. faktor fizikal/semulajdi – serangan penyakit 2 Faktor alam sekitar/bencana alam - kemarau - banjir - hakisan - tanah rutuh - rebut taufan 3. Faktor aktiviti manusia - Gangguan ekosistem hutan Perubahan cuaca dan iklim- kemarau- tumbuhan mati-berlaku kepupusan terhadap pengeluar- pengguna menghadapi ketidakcukupan makanan dan Ini mengganggu proses rantaian makanan dan pengaliran tenaga seterusnya menyebabkan ekosistem tersebut terganggu. Fenomena kebakaran hutan akibat cuaca yang panas- tumbuhan semula jadi yang berfungsi sebagai pengeluar dan pelindung/habitat akan musnah. Ini akan mengganggu bekalan makanan kepada herbivor, karnivor dan omvivor seterusnya pereput /pungurai. Gempa bumi dan pergerakan jisim- kemusnahan kepada tumbuhan- kepupusan pengeluar merupakan gangguan kepada rantaian makanan dan tenaga seterunya member kesan kepada pengguna herbivor dan pengguna-pengguna lain. Pembinaan empangan hidroelektrik – melibatkan penebangan dan pembersihan untuk pembinaan empangan dan juga penenggelaman kawasan hutan bagi tujuan menakung air. Rantaian makanan hutan hujan tropika termusnah dengan cepat. Pembalakan tanpa kawalan- menyebabkan kemusnahan spesies fauna dan flora secara besar-besaran. Kemusnahan rantaian makanan, kehilangan habitat mejejaskan ciri ekologi dan mengganggu ekosistem tersebut. Pemburuan dan pemungut sumber hutan- kepupusan hidupan dan kepupusan kepelbagaian biologi. Unsur-unsur biotik dalam hutan tersebut pupus dan ini menjejaskan proses pengaliran makanan Aktiviti pertanian pindah- aktiviti penebangan/pemusnahan hutan semula jadi dilakukan secara besar-besaran untuk dijadikan ladang-ladang pertanian. Pembakaran hutan akibat pertanian pindah boleh memusnahkan ekosistem hutan dan ini mengganggu pengaliran makanan dan tenaga. Pembangunan bandar di kawasan tanah tinggi-Pembinaan kawasan rumah-rumah mewah bangunan-bangunan, infrastruktur dan lain-lain melibatkan penebangan hutan secara besar-besaran yang menyebabkan pengeluar mati dan musnah, yang secara tidak langsung membawa kemusnahan rantaian makanan. 2. Gangguan ekosistem pertanian 1. Serangan penyakit- penyakit terhadap pokok-pokok padi dan populasi dalam sawah padi-kepupusan spesies 2. Kemarau- kekeringan kawasan pertanian-tanaman mati dan pupus 3 Banjir-air menenggelami kawasan pertanian- tanaman mati dan kepupusan hidupan 4. ribut- memusnahkan tanaman di kawasan pertanian 5 Penambakan-pembinaan kawasan perumahan, infrasruktur, industri, pembandaran dan lain-lain-kemusnahan kawasan pertanian 6 penggunaan baja kimia dan racun serangga secara berlebihan yang membawa kepada kepupusan spesies. 7 Menjerat haiwan- yang membawa kepada kepupusan haiwan dalam kawasan tersebut. 8 Industri-pengaliran sisa toksid ke kawasan pertanian-bertambah keasidan tanah-membawa kepada tanaman mati 3. Gangguan ekosistem tasik/kolam 1. Aktiviti penebusgunaan tasik Tasik yang ada mungkin ditimbus untuk dijadikan pelbagai tapak bina seperti kawasan perumahan, industri dan lain-lain. Ini memusnahkan semua ekosistem di dalamnya. Habitat tasik berkenaan akan hilang dan semua jenis hidupan air akan mati. 2. Pembangunan pertanian Penggunaan racun seperti DDT dan penggunaan baja kimia menyebabkan Sumber-sumber air tasik tercemar apabila bahan kimia tersebut dilarut resapkan oleh air dan menuju ke sungai/tasik. Kemerosotan kualiti sumber air tasik ini menyebabkan hidupan air tersebut mati seperti zooplankton dan tumbuhan hijau yang lain dan ini juga menyebabkan Rantaian makanan dalam tasik akan musnah. 3. Aktiviti perindustrian Berlakunya penyaluran dan pembuangan sisa toksik oleh sesetengah kilang memproses seperti kilang getah, kelapa sawit Dan lain-lain.

Fungsi bakteria dalam kitar nitrogen

Fungsi bakteria dalam kitar nitrogen. i) Rhizobium (2) -merupakan bakteria pada legum akar kekacang yang mengikat nitrogen ii) Clostridium (2) merupakan bakteria bebas yang mengikat nitrogen iii) Azatobactor (2) merupakan bakteria bebas yang mengikat nitrogen iv) nitrosomonas (2) Merupakan bakteria penitratan yang menukarkan ammonia kepada nitrit. v) nitrobacter (2) Merupakan bakteria penitratan yang menukarkan nitrit kepada nitrat. vi) Thiobacillus (2) Merupakan bakteria pendinitritan yang menukarkan nitrat kepada nitrogen. vii) Pseudomonas (2) Merupakan bakteria pendinitritan yang menukarkan nitrat kepada nitrogen. (by : C. Nik 013-9415009)