Saturday, August 24, 2019

Latihan 4 Geografi P3 STPM 2019 Bahagian A

Latihan 4 Semester 3


1. a) Terangkan maksud kitaran nutrien. (2)

    b) Jelaskan dua cara komponen biotik mendapat nutrien dalam ekosistem. (4)

    c) "Manusia boleh mengganggu kitar nutrien dalam ekosistem." Jelaskan pernyataan ini. (4)


2. a) Terangkan maksud kitar karbon. (3)

    b) Nyatakan tiga bentuk karbon. (3)

    c) Jelaskan dua kesan yang wujud akibat lebihan kandungan karbon di atmosfera terhadap alam sekitar fizikal. (4)


3. a) Terangkan maksud"pengembalian nitrogen" dan "pengambilan nitrogen". (4)

    b) Nyatakan dua proses yang membentuk kitar nitrogen. (2)

    c) Jelaskan dua kepentingan nitrogen kepada manusia. (4)


4. a) Terangkan maksud kitar oksigen. (3)

    b) Jelaskan proses pembakaran dan proses fotosintesis dalam kitar oksigen. (4)

    c) Jelaskan dua kepentingan oksigen kepada alam sekitar fizikal. (4)


5. a) Senaraikan dua jenis kitaran nutrien. (2)

     b) "Aktiviti pembalakan dan kebakaran hutan boleh mempengaruhi kitar nutrien." Jelaskan pernyataan ini. (4)

    c) Jelaskan dua kepentingan kitar nutrien kepada alam sekitar fizikal. (4)


6. a) Bagaimanakah kitar karbon berlaku dalam ekosistem hutan hujan tropika? (2)

    b) Terangkan dua proses semula jadi yang menyebabkan berlakunya pertambahan gas karbon dioksida dalam ekosistem hutan hujan tropika. (4)

    c) Jelaskan dua aktiviti manusia yang mengganggu keseimbangan kitar karbon dalam sesebuah ekosistem daratan. (4)


7. a) "Kini oksigen semakin penting terhadap aktiviti manusia, terutama bidang perindustrian". Jelaskan pernyataan ini. (3)

    b) Nyatakan dua fungsi pengurai dalam kitar nutrien ekosistem daratan. (4)

    c) Huraikan proses-proses kitar karbon dalam fasa berikut : 

i) fasa biosfera (2)

ii) fasa litosfera (2)

iii) fasa atmosfera (2)


8. a) Apakah yang dimaksudkan dengan kitaran nitrogen? (3)

     b) Jelaskan fungsi bakteria berikut dalam kitar nitrogen.

i) Rhizobium (2)

ii) Clostridium (2)

iii) Azatobactor (2) 

iv) Nitrosomonas (2)

v). Nitrobacter (2)

vi) Thiobacillus (2)

vii) Pseudomonas (2)

   c) Nyatakan dua aktiviti pertanian yang mengganggu proses kitaran nitrogen. (2)


9. a) "Karbon dikatakan mempunyai kepentingan terhadap alam sekitar manusia." Jelaskan dua kepentingan tersebut. (4)

     b) Mengapakah kitaran oksigen dan kitaran karbon selalu digandingkan bersama? (4)

     c) Senaraikan tiga kepentingan kitar nitrogen terhadap alam sekitar fizikal. (3)


Jawapan Latihan 4 Semester 3


1. a) Terangkan maksud kitaran nutrien. (2)

Kitaran nutrien adalah aliran unsur-unsur kimia seperti Karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen dan kalsium melalui pelbagai proses daripada satu fasa kepada fasa yang lain dalam sebuah kitaran yang lengkap secara berterusan dan berkesinambungan.


    b) Jelaskan dua cara komponen biotik mendapat nutrien dalam ekosistem. (4)

Komponen autotrof yang mendapat sumber nutrien dengan membina makanan sendiri dengan bantuan cahaya matahari.
Komponen heterotrof pula mendapat sumber nutrien melalui proses makan dan dimakan.

(by : C. Nik)


    c) "Manusia boleh mengganggu kitar nutrien dalam ekosistem." Jelaskan pernyataan ini. (4)

Aktiviti penebangan hutan untuk pelbagai tujuan telah menjejaskan proses fotosintesis dan penyerapan nutrien oleh tumbuhan.
Aktiviti pertanian yang tidak sistematik mengganggu kandungan nutrien dalam tanah. Contohnya aktiviti pengairan yang berlebihan menyebabkan proses larut resap, aktiviti pertanian giat yang menjejaskan kesuburan tanah.

(by : C. Nik)


2. a) Terangkan maksud kitar karbon. (3)

Kitaran karbon ialah aliran karbon dalam pelbagai bentuk sama ada bentuk (sama ada gas, zat atau bentuk fosil) dalam pelbagai fasa (seperti atmosfera, biosfera dan litosfera) yang melibatkan pelbagai proses seperti fotosintesis, respirasi, pembakaran, pereputan dan pengaratan. 

(by : C. Nik)


    b) Nyatakan tiga bentuk karbon. (3)

i) Gas di atmosfera seperti Karbon dioksida dan karbon monoksida.

ii) Zat/nutrien seperti karbohidrat dan glukosa

iii) Mineral/fosil - seperti arang batu, petroleum dan gas asli.

(by : C. Nik)


    c) Jelaskan dua kesan yang wujud akibat lebihan kandungan karbon di atmosfera terhadap alam sekitar fizikal. (4)

i) Berlakunya peningkatan suhu setempat dan peningkatan suhu global kerana gas karbon dioksida merupakan gas rumah hijau yang lutsinar kepada gelombang pendek matahari tetapi legap kepada gelombang panjang bumi. 

ii) Meningkatkan kejadian hujan asid kerana gas karbon dioksida yang meresap ke dalam air hujan akan membentuk asid karbonik yang merupakan jenis hujan asid yang paling kerap berlaku.

(by : C. Nik)


3. a) Terangkan maksud"pengembalian nitrogen" dan "pengambilan nitrogen". (4)

Pengembalian nitrogen merujuk kepada pengembalian bahan bernitrogen seperti ammonia dan asid nitrit meresap masuk ke dalam tanah dan meningkatkan lagi unsur nitrat dalam tanah sebelum diserap oleh tumbuhan melalui pelbagai proses seperti kejadian kilat, perkumuhan, pereputan dan proses pengikatan nitrogen oleh bakteria.
Pengambilan nitrogen pula merujuk kepada proses-proses yang menyebabkan lapisan tanah mengalami kehilangan unsur nitrat seperti proses serapan akar, larut-resap dan proses pendinitritan.

(by : C. Nik)


    b) Nyatakan dua proses yang membentuk kitar nitrogen. (2)

Proses pengambilan nitrogen seperti serapan akar oleh tumbuh-tumbuhan.
Proses pengembalian nitrogen seperti kejadian kilat dan resapan air hujan.


    c) Jelaskan dua kepentingan nitrogen kepada manusia. (4)

Sumber protein kepada manusia. Protein yang diperolehi dari sumber tumbuhan seperti kekacang dan protein dari haiwan seperti daging dan telur mengandungi unsur nitrogen menjadi sumber makanan untuk pembesaran dan pembentukan sel-sel badan.

Sumber nitrat untuk kesuburan tanah dalam bidang pertanian. Nitrat dari tanah diserap oleh tanaman melalui akar menjadi asas dalam pembentukan sel tumbuhan seperti sel klorofil untuk membantu proses fotosintesis tanaman.

(by : C. Nik)


4. a) Terangkan maksud kitar oksigen. (3)

Kitar oksigen merujuk kepada proses-proses pengambilan oksigen dari atmosfera seperti pernafasan, pembakaran, pereputan dan pengaratan dan proses pembebasan oksigen iaitu fotosintesis tumbuhan yang berlaku secara berterusan dan berkesinambungan melalui pelbagai fasa di antara atmosfera dan biosfera.

(by : C. Nik)


    b) Jelaskan proses pembakaran dan proses fotosintesis dalam kitar oksigen. (4)

Proses pembakaran merupakan proses pengambilan oksigen dari atmosfera seperti pembakaran hutan, pembakaran sampah-sarap dan pembakaran bahan api fosil. Setiap proses pembakaran akan menyerap dan mengurangkan kandungan oksigen di atmosfera.

Proses fotosintesis adalah proses pembebasan oksigen oleh tumbuhan hijau untuk membuat makanan sendiri dengan menyerap karbon dioksida dengan bantuan cahaya matahari, air dan nutrien tanah. Proses fotosintesis akan meningkatkan kandungan oksigen di atmosfera.

(by : C. Nik)


    c) Jelaskan dua kepentingan oksigen kepada alam sekitar fizikal. (4)

i) Untuk pernafasan haiwan

ii) Untuk membantu proses pereputan bahan organik

iii) Untuk proses pengaratan batuan berunsur besi bagi pembentukan tanah laterit

.
5. a) Senaraikan dua jenis kitaran nutrien. (2)

i) Kitar karbon

ii) Kitar nitrogen

iii) Kitar kalsium

iv) Kitar sulfur

v) Kitar oksigen

vi) Kitar hidrogen

(Pilih mana-mana dua jawapan)


     b) "Aktiviti pembalakan dan kebakaran hutan boleh mempengaruhi kitar nutrien." Jelaskan pernyataan ini. (4)

Aktiviti pembalakan yang menentang pokok balak akan mengurangkan proses fotosintesis yang menyerap gas karbon dioksida dalam kitaran karbon.

Aktiviti kebakaran hutan akan meningkatkan penyerapan oksigen dalam kitaran oksigen.

(by : C. Nik)


    c) Jelaskan dua kepentingan kitar nutrien kepada alam sekitar fizikal. (4)

i) Menyeimbangkan kandungan gas di atmosfera seperti oksigen, karbon dioksida dan nitrogen.

ii) Meningkatkan kesuburan tanah melalui proses penitratan dalam kitaran nitrogen.
iii) Membantu proses fotosintesis tumbuhan sebagai pengeluar dalam siratan makanan di sesebuah ekosistem melalui kitaran karbon.

(Pilih mana-mana dua jawapan)

(by : C. Nik)


6. a) Bagaimanakah kitar karbon berlaku dalam ekosistem hutan hujan tropika? (2)

Kitar karbon berlaku melalui proses fotosintesis tumbuhan hijau seperti pokok meranti, keruing, seraya, merbau dan sebagainya dalam ekosistem hutan hujan tropika. Tumbuhan ini akan menyerap gas karbon dioksida untuk membuat makanan sendiri lalu disimpan dalam bentuk karbohidrat, protein dan glukosa dan menjadi pengeluar dalam siratan makanan.

(by : C. Nik)


    b) Terangkan dua proses semula jadi yang menyebabkan berlakunya pertambahan gas karbon dioksida dalam ekosistem hutan hujan tropika. (4)

i) Proses kebakaran hutan secara semula jadi dalam ekosistem hutan hujan tropika akan membebaskan gas karbon dioksida ke atmosfera. Kebakaran hutan secara semula jadi mungkin berpunca daripada keadaan yang terlalu panas dan kering seperti semasa kejadian el-nino.

ii) Proses pereputan bahan-bahan organik seperti pereputan tumbuhan dan haiwan mati atau pereputan najis haiwan seperti najis dan air kencing gajah, musang, harimau dan sebagainya akan membebaskan karbon dioksida ke atmosfera.


    c) Jelaskan dua aktiviti manusia yang mengganggu keseimbangan kitar karbon dalam sesebuah ekosistem daratan. (4)

i) Aktiviti pembalakan - Penebangan pokok kayu balak dalam ekosistem hutan seperti pokok tualang, merbau, keruin, meranti dan seraya akan mengurangkan proses penyerapan gas karbon dioksida oleh fotosintesis pokok.

ii) Aktiviti pertanian pindah yang menjalankan kaedah tebang dan bakar. Pembakaran hutan  oleh orang asli telah membebaskan gas karbon dioksida ke atmosfera. Kepupusan kawasan hutan primer juga akan mengurangkan proses penyerapan gas karbon dioksida oleh fotosintesis tumbuhan.


7. a) "Kini oksigen semakin penting terhadap aktiviti manusia, terutama bidang perindustrian". Jelaskan pernyataan ini. (3)
 
Kini oksigen semakin penting terhadap aktiviti manusia. Oksigen digunakan secara meluas dalam sektor peleburan besi dan keluli. Penggunaan oksigen akan meningkatkan suhu atau haba dalam relau pembakaran selain mengurangkan pengeluaran jelaga, is menjimatkan masa dan kos operasi.


    b) Nyatakan dua fungsi pengurai dalam kitar nutrien ekosistem daratan. (4)

-Pengurai berfungsi sebagai pereput akan menukarkan bahan organik membentuk ammonia dan asid nitrit dalam kitaran nitrogen. Proses penitratan ammonia dan asid nitrit oleh bakteria yang menghasilkan nitrat kepada tanah.

-Pengurai seperti bakteria juga bertindak sebagai pengikat nitrogen lalu menukarkannya kepada nitrat ke dalam lapisan tanah dalam kitar nitrogen.

-Pengurai seperti kulat dan bakteria juga akan mereputkan bahan-bahan organik bagi membentuk lapisan gambut yang menjadi asas kepada pembentukan mendapan fosil dalam kitar karbon seperti arang batu, petroleum dan gas asli.

(Pilih mana-mana dua jawapan)

(by : C. Nik)


    c) Huraikan proses-proses kitar karbon dalam fasa berikut : 


i) fasa biosfera (2)

Proses fotosintesis - Tumbuhan menyerap gas karbon dioksida dalam atmosfera untuk menjalankan proses fotosintesis. Unsur karbon disimpan dalam bentuk karbohidrat dan glukosa dalam akar, buah dan batang pokok.


ii) fasa litosfera (2)

Proses pereputan dan pemendapan bahan-bahan organik yang menjadi asas kepada pembentukan bahan api fosil seperti arang batu, petroleum dan gas asli yang tersimpan di dalam kerak bumi.


iii) fasa atmosfera (2)

Proses pembakaran bahan api fosil, pembakaran hutan dan pembakaran sampah-sarap akan membebaskan gas-gas yang mengandungi unsur karbon seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan hidrokarbon.

(by : C. Nik)


8. a) Apakah yang dimaksudkan dengan kitaran nitrogen? (3)

Proses-proses pengambilan dan pengembalian unsur nitrogen di dalam tanah kepada fasa atmosfera dan biosfera melalui pelbagai proses seperti pancaran kilat dan resapan air hujan, serapan akar, pembajaan dan larut resap yang berlaku secara lengkap, berterusan dan berkesinambungan.

(by : C. Nik)



    b) Jelaskan fungsi bakteria berikut dalam kitar nitrogen.


i) Rhizobium (2)

-merupakan bakteria pada legum akar kekacang yang mengikat nitrogen


ii) Clostridium (2)

merupakan bakteria bebas yang mengikat nitrogen


iii) Azatobactor (2) 

merupakan bakteria bebas yang mengikat nitrogen


iv) nitrosomonas (2)

Merupakan bakteria penitratan yang menukarkan ammonia kepada nitrit

.
v) nitrobacter (2)

Merupakan bakteria penitratan yang menukarkan nitrit kepada nitrat.


vi) Thiobacillus (2)

Merupakan bakteria pendinitritan yang menukarkan nitrat kepada nitrogen.


vii) Pseudomonas (2)

Merupakan bakteria pendinitritan yang menukarkan nitrat kepada nitrogen.

(by : C. Nik)


    c) Nyatakan dua aktiviti pertanian yang mengganggu proses kitaran nitrogen. (2)

i) Aktiviti menyiram/pengairan berlebihan menyebabkan berlakunya proses larut resap yang mengurangkan kandungan nitrat dalam tanah.

ii) Aktiviti pembajaan akan meningkatkan kandungan nitrat dalam tanah

(by : C. Nik)


9. a) "Karbon dikatakan mempunyai kepentingan terhadap alam sekitar manusia." Jelaskan dua kepentingan tersebut. (4)

i) Sebagai bahan bakar. Bahan api fosil seperti arang batu, petroleum dan gas asli merupakan bahan bakar dan sumber tenaga yang penting dalam pelbagai aktiviti manusia.

ii) Sebagai bahan penting dalam industri. Gas karbon digunakan dalam industri membuat minuman berkarbonat. Gas karbon dioksida juga digunakan dalam industri membuat alat pemadam api.


     b) Mengapakah kitaran oksigen dan kitaran karbon selalu digandingkan bersama? (4)
Kitaran oksigen dan kitaran karbon berlaku dalam proses yang sama iaitu fotosintesis, pembakaran, pernafasan, pereputan dan pengaratan. Dalam setiap proses-proses ini, apabila berlakunya proses penyerapan oksigen akan menyebabkan pembebasan karbon dioksida dan setiap kali berlakunya proses penyerapan karbon dioksida akan membebaskan oksigen.

(by : C. Nik)



     c) Senaraikan tiga kepentingan kitar nitrogen terhadap alam sekitar fizikal. (3)

1. Membekalkan nitrat kepada tumbuhan.

2. Meningkatkan kesuburan tanah.

3. Menseimbangkan kandungan nitrogen dalam atmosfera.

Wednesday, August 21, 2019

Nota ringkas Bahagian A Penggal 3 Geografi STPM 2019

Sistem Ekologi TEMA : SISTEM EKOLOGI Ekologi merupakan satu kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan alam sekitar. Terjadinya saling pergantungan di antara satu komuniti masing-masing dengan alam persekitarannya. Contohnya: mengkaji tentang hubungan manusia (komuniti hidup) dengan alam seperti tanah untuk kediaman, air untuk minuman, udara untuk pernafasan dan sebagainya. Ekosistem Merupakan satu sistem yang melibatkan interaksi antara satu komuniti yang bernyawa iaitu manusia, haiwan dan tumbuhan dengan alam sekitarnya yang tidak bernyawa Komponen ekosistem Ekosistem mempunyai dua komponen yang utama iaitu: komponen biotik komponen abiotik Komponen biotik Merangkumi benda-benda hidup yang terdapat di dalam sesebuah ekosistem iaitu merangkumi - manusia - haiwan - tumbuh-tumbuhan - mikro organisma Komponen ini boleh dipecahkan kepada tiga kumpulan utama iaitu: 1 pengeluar 2. Pengguna 3. Pengurai Pengeluar Dikenali sebagai tumbuh-tumbuhan. Ia mampu menghasilkan makanannya sendiri dengan bergantung kepada alam persekitarannya yang tidak bernyawa seperti cahaya matahari, nutrien dalam tanah, air dan lain-lain melalui proses fotosintesis. Pengguna Merangkumi benda hidup selain daripada tumbuh-tumbuhan iaitu manusia dan haiwan. Pengguna boleh dipecahkan kepada 3 kumpulan iaitu Pengguna primer (herbivor) merupakan pengguna yang berada ditahap paling rendah/bawah, biasanya merangkumi binatang yang hanya memakan agen pengeluar iaitu tumbuh-umbuhan. Contoh- ulat dan belalang. Pengguna sekunder (karnivor) merupakan haiwan yang berada pada tahap kedua iaitu selepas pengguna primer. Ia biasannya akan mendapat makanan dengan memakan pengguna peringkat primer. Contoh: ayam sebagai sebagai pengguna sekunder akan memakan ulat iaitu pengguna primer sebagai makanannya. Pengguna tertier (omnivore) merupakan pengguna peringkat ketiga dan yang paling atas. Pengguna tertier akan menjadikan pengguna sekunder sebagai makanannya. Contoh: burung helang- burung helang akan memakan ayam sebagai makanannya Pengguna juga boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan iaitu 1. pengguna herbivor- merupakan binatang yang hanya memakan tumbuhan sahaja sebagai makanannya. Contoh: ulat, belalang, kambing, lembu, dan lain-lain 2. pengguna karnivor- merupakan haiwan yang memakan daging sebagai makanannya. Contoh: harimau, burung helang dan ular. 3. Pengguna omvivor- merupakan haiwan yang memakan tumbuhan dan daging. Contoh: manausia Pengurai merupakan egen saprofik iaitu terdiri daripada bakteria, kulat dan cacing. Ia berperanan untuk mengurai bahan-bahan organik seperti bangkai haiwan, manusia dan tumbuh-tumbuhan yang mana ia akan membebaskan nutrien-nutrien bukan organik seperti nitrogen, karbon dan lain-lain dan akan digunakan kembali oleh tumbuhan untuk pembesarannya. Komponen Abiotik Komponen abiotik terdiri daripada benda-benda yang membentuk alam persekitaran di sekeliling kehidupan seperti cahaya matahari, air, udara, mineral dalam tanah- kesemua unsur ini akan digunakan oleh kumpulan biotik dalam pelbagai cara dan pelbagai keadaan. Contohnya: hidupan air perlukan air untuk hidup dan udara dalam air diperlukan unuk bernafas. Aliran tenaga dalam rantaian makanan dan siratan makanan Rantaian makanan merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia, dan beberapa jenis sebatian daripada satu organisma kepada organisma yang lain di sepanjang satu hala. Contoh; tumbuhan---------- belalang----------- ayam------------berung helang (pengeluar ) (pguna Pertama) (pguna Kedua) (pguna ketiga) Siratan makanan pula merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia dalam satu jaringan yang kompleks yang terdiri daripada beberapa rantaian makanan yang saling berkaitan dan berinteraksi. Matahari sebagai punca tenaga Matahari merupakan punca utama tenaga dalam rantaian makanan dan siratan makanan. Ini kerana tumbuhan (pengeluar) mendapat tenaga daripada cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis bagi membolehkan proses pembesaran dilakukan. Tanpa tenaga dari matahari tumbuhan tidak dapat menjalankan aktiviti pembesaran walaupun mendapat bekalan iaitu air, tanah dan nutrien di dalam tanah. Di dalam ekosistem ia wujud secara saling berkait sekiranya salah satu daripada komponen di dalam ekosistem terjejas ia akan mempengaruhi komponen yang lain. Sekiranya tumbuhan tidak mendapat cahaya matahari ia tidak dapat melakukan pembesaran dan akan mati. Apabila tumbuhan mati ia akan mempengaruhi pengguna yang memakan tumbuhan kerana ketiadaan makanan akan menyebabkan pengguna primer akan mati apabila pengguna pertama telah pupus, ia akan mengancam pengguna sekunder yang bergantung hidup kepadanya dan begitulah seterusnya. Contoh: Tumbuhan (rumput)- mati kerana tidak boleh melakukan proses fotosintesis pengguna primer - juga akan pupus kerana kekurangan (belalang) makanan Pengguna sekunder - juga menghadapi masalah makanan kerana (ayam) makanan pengguna primer pupus Pengguna tertier - juga akan pupus kerana kekurangan makanan (helang) Jelasnya matahari adalah sumber tenaga di dalam rantaian dan siratan makanan kerana ia membantu kepada perkembangan tumbuhan. Aliran tenaga dalam rantaian makanan (ekosistem, hutan hujan tropika) Matahari merupakan punca tenaga bagi semua kehidupan. Pengeluar (tumbuhan) akan menggunakan cahaya matahari unuk melakukan proses fotosintesis bagi menghasilkan karbohidrat, protein bagi membantu proses pembesaran dan pembiakan. Ini menunjukkan tenaga haba dan cahaya dipindahkan dari cahaya matahari kepada tumbuhan. 90% tenaga itu hilang melalui proses tumbesaran, pernafasan dan lain-lain. 10% disimpan dalam tisu badan (daun, akar, batang dan lain-lain) Tumbuhan dimakan oleh pengguna pertama (ulat/belalang) bagi menambahkan tenaga supaya ulat/belalang dapat bergerak, membesar dan membiak dengan sempurna. Tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengeluar kepada pengguna pertama. 90% dari tenaga itu digunakan untuk pembesaran dan 10% disimpan. Pengguna primer (ulat/belalang) dimakan oleh pengguna sekunder (ayam) bagi menambahkan tenaga supaya pengguna sekunder dapat bergerak, membesar dan membiak dengan sempurna. Ini menunjukkan tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengguna primer kepada pengguna sekunder. 90% tenaganya digunakan dan 10% disimpan. Pengguna sekunder (ayam) dimakan oleh pengguna tertier (helang). Helang makan ayam untuk mendapatkan tenaga supaya ia dapat bergerak, membiak dan membesar dengan sempurna. Tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengguna sekunder kepada pengguna tertier. 90% dari tenaga itu digunakan untuk proses pembesaran dan 10% disimpan. Apabila semua organisma hidup ini mati, berlakulah proses penguraian oleh bakteria pengurai seperti bakteria, cacing dan kulat. Organisma pengurai mendapat tenaga kimia daripada pengeluar dan pengguna yang mati. Proses ini menambah nutrien ke dalam tanah dan seterusnya digunakan oleh pengeluar semula. Aras trofik Aras trofik merujuk kepada kedudukan organisma-organisma yang dihubungkaitkan oleh tenaga dalam rantai makanan di mana pengeluar pada aras pertama, herbivor (pengguna primer) aras kedua, Karnivor (pengguna sekunder) pada aras ketiga dan omvivor (pengguna tertier) pada aras ke empat. Piramid ekologi (Piramid aliran) dan kehilangan tenaga Piramid aliran bermaksud peringkat-peringkat atau tahap-tahap di dalam rantaian makanan dengan bilangan organisma atau haiwan yang terlibat di dalam setiap peringkat. Aliran tenaga dalam siratan makanan boleh dilihat dalam bentuk piramid kerana bilangan di setiap peringkat adalah tidak sama. Bilangan pengeluar adalah bilangan yang paling banyak dan berada di peringkat paling bawah di dalam piramid kerana bilangan pengeluar ini tidak menggnakan tenaga yang terlalu banyak untuk terus hidup. Selepas pengeluar pengguna primer pula berada di lapisan yang kedua. Ini kerana bilangan pengguna primer sedikit berbanding dengan pengeluar tetapi lebih berbanding dengan pengguna sekunder. Pengguna primer berada di atas pengeluar dalam piramid menunjukkan pengguna primer memerlukan tenaga yang lebih berbanding dengan pengeluar. Bilangan pengguna primer sedikit berbanding dengan pengeluar juga penting untuk memastikan pengguna primer mendapat makanan yang secukupnya. Pada peringkat ketiga piramid dihuni oleh pengguna sekunder. Bentuk piramid yang semakin mengecil ke atas mengambarkan bilangan pengguna sekunder lebih sedikit berbanding dengan pengguna primer. Dan ia berada di atas pengguna primer menggambarkan pengguna sekunder memerlukan tenaga yang banyak berbanding dengan pengguna primer. Bilangan pengguna sekunder sedikit berbanding dengan pengguna primer penting untuk memastikan supaya pengguna sekunder mendapat makanan yang secukupnya. Pada peringkat keempat atau puncak piramid dihuni oleh pengguna tertier. Ia berada di puncak menunjukkan tenaga yang diperlukan oleh pengguna tertier ini sangat banyak berbanding dengan pengguna-pengguna yang lain. Ruang yang runcing dan kecil menunjukkan bilangan pengguna ini adalah sangat sedikit. Ini penting untuk memastikan pengguna tertier ini mendapat makanan yang secukupnya. Piramid aliran dan kehilangan tenaga Sebenarnya susunan di dalam piramid ini penting kerana ia adalah bertujuan untuk memastikan berlakunya keseimbangan dan penerusan rantaian makanan di dalam satu-satu ekosistem. Sekiranya bilangan pengguna sekunder dan pengguna tertier lebih besar daripada pengguna primer dan pengeluar akan berlaku ketidakseimbangan di dalam sesebuah ekosistem Konsep kitar nutrien Kitaran bahan kimia/unsur kimia dalam biosfera/sebuah ekosistem berlaku secara berterusan melalui tiga fasa dalam edaran yang lengkap (oksigen, karbon, nitrogen) a) Kitar Nitrogen (dalam ekosistem pertanian) Fasa atmosfera- nitrogen wujud di atmosfera sebagai gas yang tidak boleh digunakan secara langsung oleh kebanyakan organisma. Nitrogen di atmosfera datang dari kilat, aktiviti perindustrian dan bakteria pengurai nitrogen dan juga pembakaran hutan. Fasa biosfera (manusia/tumbuhan/haiwan)- tumbuhan mendapat nitrogen melalui akar dalam bentuk ammonia atau nitrat dan ditukar kepada molekul organik (asid ammonia, protein dan lain-lain). Nitrat ke dalam tanah juga melalui bakteria pengikat nitrogen pada tumbuhan kekacang. Nitrat ini di serap oleh akar tumbuhan seterusnya tumbuhan dimakan oleh haiwan. Bahan kumuhan haiwan /manusia juga mengandungi ammonia. Fasa dalam tanah- Organisma mati mengalami proses pereputan menghasilkan ammonia atau nitrat ke dalam tanah. Nitrat ke dalam tanah juga daripada bakteria pengikat nitrogen menghasilkan baja nitrat dan baja ini akan diserap oleh tumbuhan terutama dalam aktiviti pertanian. Kitar Oksigen Oksigen yang terdapat dalam atmosfera/udara untuk pernafasan oleh haiwan dan manusia. Oksigen ini terhasil daripada proses fotosintesis oleh tumbuhan. Manusia bernafas membebaskan karbon dioksida, karbon dioksida juga terhasil dari proses pengaratan, proses pereputan dan proses pembakaran. Karbon dioksida ini digunakan /diambil oleh tumbuhan untuk fotosintesis. Melalui proses fotosintesis tumbuhan membebaskan oksigen ke atmosfera. Kitar Karbon Karbon dalam atmosfera dalam bentuk gas karbon dioksida yang terhasil daripada aktiviti pembakaran terutama yang menggunakan bahan api fosil dan juga dari proses pereputan jirim organik yang telah mati. Gas karbon dioksida ini digunakan oleh tumbuhan untuk proses fotosintesis bagi menghasilkan makanannya sendiri untuk proses pembesaran. Tumbuhan ini dimakan oleh organisma hidup iaitu haiwan. Apabila semua organisma hidup ini mati akan mengalami proses pereputan dan akan menghasilkan mendapan berkarbon minyak, arang batu, bahan gambut dan lain-lain) dalam tanah dan bahan ini akan digunakan pula untuk aktiviti pembakaran yang akan menghasilkan gas karbon dioksida semula ke atmosfera. Kepentingan ekosistem kepentingan ekosistem hutan 1 Sumber kayu kayan-menghasilkan sumber kayu dalam pelbagai bentuk untuk kegunaan tempatan dan eksport ini akan menghasilkan pendapatan negara. Di Malaysia terdapat 677 spesies pokok balak yang mempunyai nilai dagangan yang tinggi seperti cengal, meranti, seraya, keruing dan balau 2 Sumber makanan- kepelbagaian spesies tumbuhan hutan kaya dengan sumber makanan kepada hidupan 3 Ekonomi tradisional- orang-orang asli yang masih menjalankan pertanian pindah, mengutip dan berburu. Ekosistem hutan juga menjadi habitat atau tempat tempat tinggal orang-orang asli di samping sumber hutan sebagai sumber makanannya. Sumber hutan juga menjadi sumber ekonomi orang-orang asli dengan menjual rotan, akar-akar kayu, damar dan lain-lain. 4. Sektor pelancongan- Kepelbagaian spesies flora dan fauna mampu menarik pelancongan dan seterusnya akan menambahkan pendapatan penduduk dan Negara. Kawasan hutan seperti Taman Negara di Pahang. Hutan Endau Rompin, Taman Negara Sepilok di Sabah dan lain-lain terkenal dengan destinasi pelancongan utama kerana keindahan khazanah kepelbagaian biologi hutannya. 5 Kawasan tadahan air- bagi membekalkan air kepada empangan untuk keperluan manusia dan hidupan. 6 Habitat flora dan fauna- Contoh hutan Amazon bagi satu hektar hutan terdapat 750 spesies haiwan dan 1500 jenis spesies tumbuhan. Haiwan ini hidup, membesar dan membiak dengan sempurna di dalam hutan. 7 Elak hakisan tanah-litupan tumbuhan melindungi tanah daripada hakisan percikan atau hempasan air hujan dan mengurangkan hakisan larian air permukaan melalui cengkaman akar. 8 Menyederhanakan suhu sekitar- berkaitan dengan kelembapan udara yang tinggi di kawasan hutan tebal maka suhu persekitaran juga adalah sederhana. Udara yang nyaman ini menjamin habitat yang sesuai untuk kepelbagaian spesies fauna dan flora hidup, membesar dan membiak. 9. Mengurangkan kelajuan angin- Di kawasan hutan hujan tropika tiupan angin sentiasa tenang dan nyaman. Dirian pokok dan kanopinya mampu mengurangkan halaju angin dengan berkesan. 10. Membekalkan oksigen- tumbuhan melakukan proses fotosintesis dengan adanya cahaya matahari, air dan bahan-bahan mineral dalam tanah. Melalui proses tersebut oksigen dapat dibebaskan. Kepentingan Hutan Paya Bakau (kepada manusia) 1. Sumber kayu arang,kayu api dan lain-lain. Kepada manusia 2 Untuk bahan binaan- cerucuk dan pancang kayu dalam pembinaan benteng dan jambatan dan tiang rumah. 3. Sumber perubatan – ubat sakit kerongkong dari bakau minyak dan ubat tahan muntah dari bakau perepat. 4. Sumber makanan yang menghasilkan pendapatan tambahan kepada nelayan pantai dari tangkapan pelbagai jenis ikan, ketam nipah, lokan, kerang, Kepah dan lain-lain. 5. Kawasan hutan bakau telah diubah menjadi kolam-kolam ternakan akuakultur seperti ternakan ikan kerapu dan udang harimau. 6. Sesetengah tempat- hutan dikekalkan dalam keadaan semula jadi sebagai Satu tarikan pelancong- ia berfungsi sebagai eko pelancongan. (kepada alam sekitar) 7. Membekalkan oksigen –tumbuhan bakau yang menghijau menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen menerusi proses fotosintesis 8. Mengawal hakisan/menstabilkan muara sungai/pesisir pantai- pokok-pokok bakau yang berakar ceracak dan tumbuh dengan padat dapat mengurangkan pengaliran sedimen dan mencengkam struktur tanah di kawasan pesisir pantai tersebut. 9 Menghalang angin kencang- hutan bakau sebagai zon penampang yang boleh menghalang tiupan angin kencang dari laut ke kawasan pedalaman. 10 Penapis bahan pencemar- hutan paya bakau berupaya menyerap bahan pencemar seperti sebatian nitrogen dan fosforus. 11. Habitat pelbagai jenis hidupan air. Berfungsi sebagai tempat pembiakan dan perlindungan pelbagai jenis udang, ketam, kepah, kerang dan lain-lain. Kawasan ini sesuai untuk pembiakan kerana air yang tenang dan banyak plankton sebaqgai sumber makanan. Keseimbangan ekosistem Merupakan usaha mengekalkan keseimbangan sesuatu ekosistem dengan melibatkan pengekalan komponen biotik dan abiotik secara seimbang dari segi interaksi di antara satu dengan yang lain. Perubahan yang berlaku pada sesuatu komponen ekosistem boleh mencetuskan reaksi daripada komponen lain bagi penyesuaian satu keseimbangan ekosistem baru. Faktor utama yang menyebabkan sesebuah ekosistem terganggu ialah: 1. faktor fizikal/semulajdi – serangan penyakit 2 Faktor alam sekitar/bencana alam - kemarau - banjir - hakisan - tanah rutuh - rebut taufan 3. Faktor aktiviti manusia - Gangguan ekosistem hutan Perubahan cuaca dan iklim- kemarau- tumbuhan mati-berlaku kepupusan terhadap pengeluar- pengguna menghadapi ketidakcukupan makanan dan Ini mengganggu proses rantaian makanan dan pengaliran tenaga seterusnya menyebabkan ekosistem tersebut terganggu. Fenomena kebakaran hutan akibat cuaca yang panas- tumbuhan semula jadi yang berfungsi sebagai pengeluar dan pelindung/habitat akan musnah. Ini akan mengganggu bekalan makanan kepada herbivor, karnivor dan omvivor seterusnya pereput /pungurai. Gempa bumi dan pergerakan jisim- kemusnahan kepada tumbuhan- kepupusan pengeluar merupakan gangguan kepada rantaian makanan dan tenaga seterunya member kesan kepada pengguna herbivor dan pengguna-pengguna lain. Pembinaan empangan hidroelektrik – melibatkan penebangan dan pembersihan untuk pembinaan empangan dan juga penenggelaman kawasan hutan bagi tujuan menakung air. Rantaian makanan hutan hujan tropika termusnah dengan cepat. Pembalakan tanpa kawalan- menyebabkan kemusnahan spesies fauna dan flora secara besar-besaran. Kemusnahan rantaian makanan, kehilangan habitat mejejaskan ciri ekologi dan mengganggu ekosistem tersebut. Pemburuan dan pemungut sumber hutan- kepupusan hidupan dan kepupusan kepelbagaian biologi. Unsur-unsur biotik dalam hutan tersebut pupus dan ini menjejaskan proses pengaliran makanan Aktiviti pertanian pindah- aktiviti penebangan/pemusnahan hutan semula jadi dilakukan secara besar-besaran untuk dijadikan ladang-ladang pertanian. Pembakaran hutan akibat pertanian pindah boleh memusnahkan ekosistem hutan dan ini mengganggu pengaliran makanan dan tenaga. Pembangunan bandar di kawasan tanah tinggi-Pembinaan kawasan rumah-rumah mewah bangunan-bangunan, infrastruktur dan lain-lain melibatkan penebangan hutan secara besar-besaran yang menyebabkan pengeluar mati dan musnah, yang secara tidak langsung membawa kemusnahan rantaian makanan. 2. Gangguan ekosistem pertanian 1. Serangan penyakit- penyakit terhadap pokok-pokok padi dan populasi dalam sawah padi-kepupusan spesies 2. Kemarau- kekeringan kawasan pertanian-tanaman mati dan pupus 3 Banjir-air menenggelami kawasan pertanian- tanaman mati dan kepupusan hidupan 4. ribut- memusnahkan tanaman di kawasan pertanian 5 Penambakan-pembinaan kawasan perumahan, infrasruktur, industri, pembandaran dan lain-lain-kemusnahan kawasan pertanian 6 penggunaan baja kimia dan racun serangga secara berlebihan yang membawa kepada kepupusan spesies. 7 Menjerat haiwan- yang membawa kepada kepupusan haiwan dalam kawasan tersebut. 8 Industri-pengaliran sisa toksid ke kawasan pertanian-bertambah keasidan tanah-membawa kepada tanaman mati 3. Gangguan ekosistem tasik/kolam 1. Aktiviti penebusgunaan tasik Tasik yang ada mungkin ditimbus untuk dijadikan pelbagai tapak bina seperti kawasan perumahan, industri dan lain-lain. Ini memusnahkan semua ekosistem di dalamnya. Habitat tasik berkenaan akan hilang dan semua jenis hidupan air akan mati. 2. Pembangunan pertanian Penggunaan racun seperti DDT dan penggunaan baja kimia menyebabkan Sumber-sumber air tasik tercemar apabila bahan kimia tersebut dilarut resapkan oleh air dan menuju ke sungai/tasik. Kemerosotan kualiti sumber air tasik ini menyebabkan hidupan air tersebut mati seperti zooplankton dan tumbuhan hijau yang lain dan ini juga menyebabkan Rantaian makanan dalam tasik akan musnah. 3. Aktiviti perindustrian Berlakunya penyaluran dan pembuangan sisa toksik oleh sesetengah kilang memproses seperti kilang getah, kelapa sawit Dan lain-lain.

Fungsi bakteria dalam kitar nitrogen

Fungsi bakteria dalam kitar nitrogen. i) Rhizobium (2) -merupakan bakteria pada legum akar kekacang yang mengikat nitrogen ii) Clostridium (2) merupakan bakteria bebas yang mengikat nitrogen iii) Azatobactor (2) merupakan bakteria bebas yang mengikat nitrogen iv) nitrosomonas (2) Merupakan bakteria penitratan yang menukarkan ammonia kepada nitrit. v) nitrobacter (2) Merupakan bakteria penitratan yang menukarkan nitrit kepada nitrat. vi) Thiobacillus (2) Merupakan bakteria pendinitritan yang menukarkan nitrat kepada nitrogen. vii) Pseudomonas (2) Merupakan bakteria pendinitritan yang menukarkan nitrat kepada nitrogen. (by : C. Nik 013-9415009)

Latihan 3 Geografi Penggal 3 STPM 2019

Latihan 3 1. Apakah yang dimaksudkan dengan kepelbagaian biologi? (3) 2. Jelaskan kesan kemusnahan kepelbagaian biologi terhadap persekitaran fizikal. (4) 3. Huraikan kepentingan kepelbagaian biologi terhadap aktiviti manusia di tropika lembap. (4) 4. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep aliran tenaga dalam ekosistem? (3) 5. Huraikan proses aliran tenaga dalam siratan makanan yang terdapat dalam ekosistem pertanian. (4) 6. Jelaskan bagaimana aktiviti pertanian pindah mengganggu ekosistem hutan. (4) 7. Apakah yang dimaksudkan dengan persaingan spesies tumbuhan? (3) 8. Jelaskan dua faktor yang mempengaruhi taburan spesies tumbuhan dalam sesuatu ekosistem. (4) 9. Jelaskan bagaimana tumbuhan primer di sesuatu kawasan mempengaruhi aktiviti manusia. (4) 10. Jelaskan bagaimana suhu dan hujan mempengaruhi pembentukan ekosistem. (4) 1. Apakah yang dimaksudkan dengan kepelbagaian biologi? (3) Berbagai jenis tumbuhan (flora) dan haiwan (fauna) yang terdapat dalam sesebuah ekosistem. 2. Jelaskan kesan kemusnahan kepelbagaian biologi terhadap persekitaran fizikal. (4) -mengganggu saling kebergantungan antara komuniti dalam komponen abiotik. Contohnya kekurangan tumbuhan akan mengurangkan kandungan air tanah kerana kurangnya proses infiltrasi dan peningkatan suhu permukaan bumi akan meningkatkan proses pengeringan air dari lapisan tanah. -Peningkatan suhu atmosfera akibat kurangnya penyerapan gas rumah hijau, permukaan bumi kehilangan pelindung semula jadi oleh kanopi pokok dan kurangnya kandungan wap air dari sejatpeluhan. -menjejaskan kehidupan haiwan kerana terjejasnya siratan makanan, dan habitat -mengubah landskap kawasan hutan daripada hutan primer kepada hutan sekunder 3. Huraikan kepentingan kepelbagaian biologi terhadap aktiviti manusia di tropika lembap. (4) -Hutan yang terdiri daripada pokok yang besar dan lurus seperti pokok tualang, kapor, meranti, cengal, keruing dan lain-lain dapat membekalkan pelbagai spesies kayu balak dalam bidang pembalakan. -Pelbagai spesies pokok herba seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, hempedu bumi dan lain2 dapat dijadikan bahan mentah untuk tujuan perubatan tradisional. -menarik pelancong dalam ekopelancongan -buah-buahan, pucuk ulam, rebung, rotan dan buluh dijadikan makanan dan dijadikan hasil hutan untuk dijual -R&D 4. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep aliran tenaga dalam ekosistem? (4) Pemindahan tenaga dari matahari kepada komponen biotik dan abiotik dalam sesuatu ekosistem secara sehala. 5. Jelaskan proses aliran tenaga dalam siratan makanan yang terdapat dalam ekosistem pertanian. (4) -Aliran tenaga dalam ekosistem pertanian bermula dengan matahari yang membekalkan tenaga kepada pengeluar iaitu tumbuhan. Pengeluar atau tumbuhan akan menukarkan tenaga matahari menjadi tenaga kimia melalui proses fotosintesis. Semasa proses fotosintesis klorofil yang menyerap tenaga suria akan menukarkannya kepada karbohidrat. Tenaga ini disimpan dalam batang, buah, daun atau akar pokok. Contohnya tenaga dalam bentuk karbohidrat disimpan dalam buah/biji padi. -Tumbuhan akan dimakan oleh haiwan yang menjadi pengguna primer lalu menggunakan tenaga untuk pergerakan, pembesaran dan pembiakan. Contohnya belalang yang memakan daun pokok padi dalam ekosistem sawah. 6. Jelaskan bagaimana aktiviti pertanian pindah mengganggu ekosistem hutan. (4) -Kaedah tebang bakar menyebabkan kepupusan hutan. Ini akan menjejaskan habitat haiwan dan memusnahkan siratan makanan makanan. -Penebangan hutan asal juga akan mengubah pandang darat dan ekosistem semula jadi hutan. Hutan primer yang ditebang dan dibersihkan akan ditumbuhi oleh hutan sekunder apabila ditinggalkan. 7. Apakah yang dimaksudkan dengan persaingan spesies tumbuhan? (3) -Kemampuan antara pokok/tumbuh-tumbuhan dalam sesuatu ekosistem untuk mendapatkan cahaya matahari, gas karbon dioksida, garam galian (nutrien) dan air sebagai sumber untuk proses tumbesaran. 8. Jelaskan dua faktor yang mempengaruhi taburan spesies tumbuhan dalam sesuatu ekosistem. (4) -Faktor topografi/BMB Taburan tumbuh-tumbuhan adalah berbeza-beza mengikut ketinggian muka bumi sesuatu kawasan. Contohnya, kawasan yang rendah antara 0-30 meter ditumbuhi oleh hutan hujan tropika, hutan paya air tawar, hutan pantai dan hutan paya bakau. Kawasan yang berketinggian lebih 1000 meter pula ditumbuhi oleh hutan gunung. -Pengaruh haiwan Haiwan berperanan membantu proses percambahan biji benih sesetengah tumbuhan. Contohnya serangga seperti rama-rama dan lebah menyebarkan benih melalui pendebungaan. Tupai, musang dan burung pula menyebarkan benih melalui pendebungaan. -Jenis tanih Kawasan tanah lembap atau tanah bechah akan ditumbuhi oleh hutan paya air tawar. Tanah laterit di cerun bukit akan ditumbuhi oleh hutan saka yang berkayu keras, tinggi dan berdaun lebat. Kawasan tanah berlumpur dan kelodak di pinggir pantai akan ditumbuhi oleh hutan paya bakau. -Baka tumbuhan asal Tumbuhan asal yang membiak melalui letupan biji benih, buah yang gugur atau dibawa oleh angin akan membiakkan spesiesnya di kawasan berhampiran. -Faktor manusia Penebangan pokok asal oleh manusia menyebabkan kepupusan sesuatu spesies dan digantikan dengan spesies tanaman yang baru. Penyahutanan menyebabkan pertumbuhan tumbuhan sekunder yang baru menggantikan tumbuhan asal di sesuatu kawasan. 9. Jelaskan bagaimana tumbuhan primer di sesuatu kawasan mempengaruhi aktiviti manusia. (4) -Aktiviti pembalakan Hutan primer yang terdiri dari spesies pokok yang berkayu keras dan tinggi seperti pokok meranti, cengal, balau, seraya, keruing, tualang dan lain-lain akan dijadikan kayu balak. -Aktiviti membuat ubatan tradisional Hutan primer biasanya kaya dengan pelbagai spesies tumbuhan herba seperti pokok tongkat ali, kacip fatimah, hempedu bumi dapat dijadikan ubatan tradisional. Pokok ini ditebang untuk diambil akar, daun, bunga, kulit dan buah untuk diproses dan dijadikan ubat untuk pelbagai jenis penyakit. -Aktiviti pengumpulan hasil hutan Tumbuhan primer yang kaya dengan pelbagai hasil hutan seperti damar, mengkuang, buluh dan rotan dieksploitasi untuk pelbagai kegunaan seperti untuk dijadikan perabot, kraftangan, alat menangkap ikan seperti bubu, sangkar dan serkap. -Aktiviti mendapatkan sumber makanan Tumbuhan primer di sesuatu kawasan mengandungi pelbagai buah-buahan yang boleh dijadikan makanan. Antaranya seperti petai, jering, pisang hutan, rebung, berangan dan keranji. Selain dimakan, buah-buahan ini akan dijual untuk mendapatkan sumber pendapatan. 10. Jelaskan bagaimana suhu dan hujan mempengaruhi pembentukan ekosistem. (4) -Suhu Suhu mempengaruhi pelbagai jenis fauna. Di kawasan beriklim panas, haiwan biasanya berbulu nipis manakala di kawasan sejuk, haiwan mempunyai bulu yang panjang dan tebal. -Hujan Di kawasan hujan yang lebat yang melebihi 2500mm setahun akan ditumbuhi oleh pokok besar berkayu keras serta berdaun lebar seperti hutan hujan tropika. Manakala di kawasan yang kekurangan hujan seperti kawasan gurun yang menerima hujan kurang 250mm setahun akan ditumbuhi oleh pokok yang kurang berdaun dan berakar panjang seperti tumbuhan gurun. Contohnya pokok renek berduri dan pokok kaktus. (C Nik)

Latihan 2 Geografi Penggal 3 2019

Latihan 2 Penggal 3 1. Apakah yang dimaksudkan dengan ekosistem akuatik? (3) 2. Senaraikan tiga contoh ekosistem akuatik. (3) 3. Jelaskan dua kepentingan ekosistem akuatik kepada kehidupan manusia. (4) 4. Senaraikan dua komponen yang terdapat dalam ekosistem tasik semula jadi dan ekosistem tasik buatan manusia. (2) 5. Jelaskan dua ciri persamaan yang terdapat dalam ekosistem tasik semula jadi dan ekosistem tasik buatan manusia. (4) 6. "Aktiviti pelancongan secara besar-besaran boleh menjejaskan ekosistem tasik". Jelaskan pernyataan ini. (4) 7. Berikan takrifan berkenaan dengan ekosistem tasik. (3) 8. Berdasarkan ekosistem sebuah tasik, huraikan dua aliran tenaga dalam siratan makanan pada peringkat pengeluar dan pengguna primer. (4) 9. Nyatakan kepentingan ekosistem akuatik sebagai satu sumber kepada alam sekitar manusia. (3) 10. Terangkan maksud kemerosotan kualiti sumber air. (2) 11. Jelaskan dua punca yang menyebabkan kualiti sumber air di Malaysia merosot. (4) NB Jawapan 1. Apakah yang dimaksudkan dengan ekosistem akuatik? (3) Satu persekitaran berair yang terbentuk secara semula jadi atau buatan manusia sebagai komponen abiotik dan dihuni oleh hidupan akuatik sebagai komponen biotiknya termasuk pengeluar, pengguna dan pengurai seperti ekosistem lautan, ekosistem sungai, ekosistem tasik, ekosistem kolam dan sebagainya. 2. Senaraikan tiga contoh ekosistem akuatik. (3) Tiga contoh ekosistem akuatik ialah ekosistem tasik, ekosistem sungai dan ekosistem laut. 3. Jelaskan dua kepentingan ekosistem akuatik kepada kehidupan manusia. (4) Dua kepentingan ekosistem akuatik adalah sebagai sumber protein kepada manusia di mana manusia mendapat bekalan ikan untuk dimakan atau dijual seperti bawal, kembung, sotong dan udang. Selain itu, ekosistem akuatik juga penting sebagai lokasi ekopelancongan seperti Pulau Redang, Pulau Langkawi dan Pulau Perhentian yang terdiri daripada terumbu karang, pantai yang memutih dan sebagainya. 4. Senaraikan dua komponen yang terdapat dalam ekosistem tasik semula jadi dan ekosistem tasik buatan manusia. (2) Dua komponen yang terdapat di dalam kedua-dua ekosistem tersebut adalah komponen biotik (ikan, udang dan tumbuhan air) dan komponen abiotik (air, udara dan cahaya matahari) 5. Jelaskan dua ciri persamaan yang terdapat dalam ekosistem tasik semula jadi dan ekosistem tasik buatan manusia. (4) Kedua-duanya merupakan ekosistem berair yang mengandungi komponen biotik dan abiotik yang hampir sama. Kedua-dua ekosistem tersebut juga merupakan habitat untuk pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan akuatik. 6. "Aktiviti pelancongan secara besar-besaran boleh menjejaskan ekosistem tasik". Jelaskan pernyataan ini. (4) Kunjungan pelancong yang terlalu ramai meningkatkan jumlah sampah sarap dan kumbahan manusia ke dalam tasik menyebabkan air tasik tercemar dengan sisa pepejal dan seterusnya peningkatan kandungan bakteria e-coli yang akan mengancam hidupan di dalam tasik. Pembinaan chalet dan hotel di kawasan ini untuk memenuhi keperluan pelancong menyebabkan penebangan tumbuhan semula jadi di sekitar tasik. Tindakan tersebut akan mengubah landskap dan juga meningkatkan kadar hakisan dan seterusnya menyebabkan air tasik menjadi keruh. 7. Berikan takrifan berkenaan dengan ekosistem tasik. (3) Ekosistem tasik ialah ekosistem berair yang tidak berarus atau mengalir seperti sungai yang memperolehi input air daripada hujan atau aliran air yang mengalir masuk ke dalam sistem berkenaan. 8. Berdasarkan ekosistem sebuah tasik, huraikan dua aliran tenaga dalam siratan makanan pada peringkat pengeluar dan pengguna primer. (4) Tenaga cahaya matahari diperlukan oleh tumbuhan akuatik seperti rumput, teratai, kiambang, lumut dan fitoplankton serta alga untuk melakukan proses fotosintesis. Tumbuhan bertindak sebagai pengeluar dan penyimpan tenaga dan membekalkan tenaga asas kepada semua hidupan tasik. Zooplankton dan krustasia seperti udang kecil akan memakan tumbuhan hijau seperti alga dan lumut. Tenaga kimia akan berpindah kepadanya sebagai pengguna primer. Sebahagian besar tenaga ini akan digunakan untuk pembesaran, pergerakan dan pembiakan dan sebahagian kecil dari tenaga kimia dalam zooplankton akan berpindah pula kepada pengguna sekunder apabila pengguna sekunder memakannya dan begitulah seterusnya hingga pengguna tertier. 9. Nyatakan kepentingan ekosistem akuatik sebagai satu sumber kepada alam sekitar manusia. (3) Ekosistem akuatik banyak menghasilkan sumber protein melalui ekosistem marin di samping aktiviti akuakultur yang menternak ikan air masin dan ikan air tawar. Ekosistem akuatik juga kaya dengan pelbagai spesies biologi yang amat berguna dalam bidang perubatan seperti rumpair laut yang dijadikan spirulina dan sumber makanan. Keunikan dan kepelbagaian biologi di ekosistem akuatik amat penting dalam sektor pelancongan dan rekreasi. 10. Terangkan maksud kemerosotan kualiti sumber air. (2) Pencemaran terhadap sumber-sumber air sama ada dari sungai, laut, tasik, kolam dan takungan semula jadi, air bawah tanah dan air hujan yang tercemar atau semakin rendah kualitinya yang diukur melalui indikator seperti nilai BOD, kandungan E.Coli, kandungan ammonia nitrogen, kandungan pepejal terampai, nilai pH di samping perubahan warna dan bau. 11. Jelaskan dua punca yang menyebabkan kualiti sumber air di Malaysia merosot. (4) Pembangunan pertanian. Penggunaan racun seperti DDT dan penggunaan baja kimia yang meresap ke dalam sumber air yang dibawa oleh air hujan. Pembangunan industri perkilangan. Pelepasan influen kilang ke dalam sumber air seperti kilang getah dan kelapa sawit. Pembangunan sektor penternakan - penyaliran sisa kumbahan dari ladang ternakan telah mencemarkan air sungai dengan bakteria e-coli selain mengubah warna dan air berbau busuk seperti penternakan khinzir di Pulau Pinang dan Melaka telah mencemarkan sumber air sungai. Pembangunan sektor pelancongan - Pembuangan sisa kumbahan dari hotel dan chalet yang didirikan berhampiran sumber air seperti sungai dan tasik boleh mencemarkan sumber air itu dengan meningkatkan kandungan bakteria e-coli dan meningkatkan nilai BOD. Penebangan hutan oleh sektor pembalakan - Penebangan hutan secara giat telah mendedahkan permukaan tanah kepada hakisan tanah oleh larian air permukaan. Ini menyebabkan peningkatan kandungan kelodak dan lumpur dalam aliran sungai terutamanya pada musim hujan. Pembangunan sektor pengangkutan - Tumpahan minyak kapal dan feri Pembangunan sektor perlombongan - Peningkatan sisa perlombongan Pembinaan empangan hidroelektrik - pembinaan empangan meningkatkan kelodak Perkembangan petempatan - setinggan
Soalan latihan 1 Penggal 3 2019 1. Huraikan dua komponen ekosistem berasaskan pendekatan struktur. (4) 2. Apakah yang dimaksudkan dengan aras trofik? (3) 3. Huraikan perbezaan antara siratan makanan dengan rantaian makanan. (4) 4. Nyatakan tiga cara manusia mengganggu aktiviti siratan makanan. (3) 5. Apakah yang dimaksudkan dengan autotrof? (3) 6. Terangkan dua aktiviti manusia yang mengganggu keseimbangan ekosistem. (4) 7. Nyatakan tiga ciri piramid ekologi. (3) 8. Apakah yang dimaksudkan dengan pengguna herbivor? (2) 9. Huraikan dua proses pemindahan tenaga dalam rantaian makanan ekosistem hutan hujan tropika. (4) 10. Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan ekologi? (3) 11. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi keseimbangan ekosistem hutan. (2) 12. Dengan merujuk kepada ekosistem hutan, bagaimanakah sesebuah ekosistem yang terganggu dapat mencapai keseimbangan? (4) 13. Senaraikan ciri-ciri hutan hujan tropika. (6) 14. Huraikan mana2 tiga daripada jawapan di atas (6) 15. Jelaskan dua fungsi ekosistem di dalam alam sekitar fizikal (4) 16. Mengapakah terdapat kepelbagaian ekosistem daratan? (4) 17. "Ekosistem daratan boleh berubah disebabkan oleh aktiviti manusia". Jelaskan pernyataan tersebut. (3) 18. Jelaskan bagaimana cahaya matahari membentuk hutan hujan tropika yang berlapis-lapis? (4) 19. Nyatakan tiga peranan tumbuh-tumbuhan dalam sesebuah ekosistem. (3) Soalan latihan 6 Atas 1. Huraikan dua komponen ekosistem berasaskan pendekatan struktur. (4) I. Abiotik terdiri daripada tanah termasuk kandungan mineral logam, nutrien, tanih dan batuan, air, udara dan gas serta cahaya matahari II. Biotik termasuk pengeluar, pengguna primer, sekunder dan tertier dan pengurai 2. Apakah yang dimaksudkan dengan aras trofik? (3) Kedudukan organisma di dalam siratan makanan sesuatu ekosistem yang membentuk piramid ekologi berasaskan proses makan dan dimakan secara berturutan bermula daripada pengeluar di bawah sehingga pengguna tertier di puncak. 3. Huraikan perbezaan antara siratan makanan dengan rantaian makanan. (4) I. Rantaian makanan melibatkam satu organisma di setiap peringkat aras trofik manakala siratan makanan melibatkan pelbagai organisma di setiap aras trofik II. Rantaian makanan melibatkan proses makan dan di makan secara sehala manakala siratan makanan melibatkan proses makan dan dimakan secara pelbagai hala. 4. Nyatakan tiga cara manusia mengganggu aktiviti siratan makanan. (3) I. Penyahutanan seperti pembakaran dan penebangan hutan telah memusnahkan fungsi tumbuhan sebagai pengeluar di dalam siratan makanan di dalam sebuah ekosistem hutan. II. Perburuan binatang telah menyebabkan kepupusan pelbagai spesies haiwan di pelbagai peringkat aras trofik sama ada pengguna primer, sekunder dan tertier. III. Kegiatan meracun dalam aktiviti pertanian seperti meracun rumpai telah memusnahkan fungsi rumput sebagai pengeluar dalam siratan makanan di dalam sesebuah ekosistem yang berumput. 5. Apakah yang dimaksudkan dengan autotrof? (3) Autotrof bermaksud organisma yang berupaya membuat makanan sendiri 6. Terangkan dua aktiviti manusia yang mengganggu keseimbangan ekosistem. (4) Aktiviti pertanian Aktiviti perburuan Aktiviti ekopelancongan Aktiviti pembalakan - menjejaskan habitat 7. Nyatakan tiga ciri piramid ekologi. (3) Tapak luas - kemuncak tajam jumlah/kuantiti pengeluar paling byk diikuti oleh pengguna primer, sekunder dan tertier Kehilangan tenaga Kehilangan unsur2 kimia 8. Apakah yang dimaksudkan dengan pengguna herbivor? (2) Pengguna primer atau haiwan yang bergantung sepenuhnya dan memakan tumbuh-tumbuhan teemasuk pucuk, bunga dan buah seperti ulat, serangga, arnab, rusa, kijang. 9. Huraikan dua proses pemindahan tenaga dalam rantaian makanan ekosistem hutan hujan tropika. (4) -tenaga dari matahari dalam bentuk tenaga cahaya digunakan oleh tumbuhan seperti pokok meranti, kedondon dan keruing melalui proses fotosintesis dan ditukarkan kepada tenaga kimia dalam bentuk karbohidrat, glukosa dan protein untuk pembesaran dan pembiakan. -tenaga kimia dalam bentuk karb 10. Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan ekologi? (3) Ekosistem yang mempunyai pemulihan kendiri untuk kestabilan yang berkekalan yang dapat dicapai melalui keseimbangan input dan output tenaga dalam sebuah kitaran yang lengkap. 11. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi keseimbangan ekosistem hutan. (2) -Penyahutanan dalam bidang pembalakan dan pembinaan okakan memusnahkan fungsi hutan sebagai pengeluar. -Penggunaan racun serangga dalam bidang pertanian yang memusnahkan serangga sebagai pengguna primer. -Aktiviti menenggelamkan kawasan hutan dalam bidang pembinaan empangan yang memusnahkan habitat pelbagai spesies flora dan fauna. 12. Dengan merujuk kepada ekosistem hutan, bagaimanakah sesebuah ekosistem yang terganggu dapat mencapai keseimbangan? (4) Muslim kemarau - Apabila tumbuhan kering,, pengguna herbivor akan berkurangan kerana kehilangan sumber makanan. Pada masa ini, pengguna karnivor lebih mudah mendapat makanan kerana haiwan herbivor menjadi lemah. Musim hujan - Tumbuhan akan tumbuh dengan subur, haiwan herbivor akan mendapat sumber makanan yang mencukupi. Populasi haiwan ini akan bertambah semula. 13. Senaraikan ciri-ciri hutan hujan tropika. (6) -Malar hijau -tumbuh bercampur aduk -berakar banir -mempunyai empat lapisan yang nyata -lantai hutan yang jarang -berdaun lebar -berkayu keras -tinggi dan besar -terdapat tumbuhan epifit dan menjalar 14. Huraikan mana2 tiga daripada jawapan di atas (6) 15. Jelaskan dua fungsi ekosistem di dalam alam sekitar fizikal (4) -sebagai aliran tenaga Tenaga dari matahari digunakan oleh tumbuhan untuk menjalankan proses fotosintesis. Tenaga cahaya telah ditukar kepada tenaga kimia. Sebahagian tenaga ini dibebaskan semula dalam proses pembesaran, pergerakan dan pembiakan. -sebagai aliran bahan kimia Selain proses fotosintesis, tumbuhan juga menyerap nitrat dari tanah melalui sistem akarnya dan telah membentuk karbohidrat dan protein yang menjadi sumber makanan kepada pengguna primer. Karbohidrat yang dimakan oleh haiwan untuk pembesarannya berubah kepada bentuk protein dan lemak dalam badan haiwan dan menjadi sumber makanan kepada pengguna sekunder seterusnya dalam pengguna tertier. Tumbuhan dan haiwan yang mati akan direputkan oleh pereput seperti bakteria dan dikembalikan kepada tanah sebelum diserap kembali oleh tumbuh-tumbuhan sebagai nitrat. 16. Mengapakah terdapat kepelbagaian ekosistem daratan? (4) -Faktor suhu -faktor hujan -faktor bentuk muka bumi -faktor jenis tanih 17. "Ekosistem daratan boleh berubah disebabkan oleh aktiviti manusia". Jelaskan pernyataan tersebut. (3) Dalam aktiviti pertanian, Ekosistem daratan seperti ekosistem hutan hujan tropika telah berubah kepada ekosistem ladang getah atau kelapa sawit. Penebangan hutan juga akan membentuk hutan sekunder yang terdiri daripada pokok semak samun yang renek. Kegiatan pembalakan telah memusnahkan ekosistem hutan hujan tropika kerana memusnahkan pelbagai spesies flora dan fauna dan secara tidak langsung menyebabkan gangguan terhadap kitaran hidrologi. 18. Jelaskan bagaimana cahaya matahari membentuk hutan hujan tropika yang berlapis-lapis? (4) -Emergen-tinggi -kanopi-berdaun lebar -lapisan tengah menumpang dan melilot -lantai hutan yang jarang 19. Nyatakan tiga peranan tumbuh-tumbuhan dalam sesebuah ekosistem. (3) -sebagai pengeluar -Sebagai sumber makanan -sebagai habitat -sebagai tempat simpanan air Hutan sebagai pengeluar Tumbuhan menjalankan proses fotosintesis iaitu membuat makanan sendiri dengan cahaya matahari, gas karbon dioksida, air dan nitrat untuk mengasilkan karbohidrat dan protein di samping membebaskan gas oksigen dan wap air ke atmosfera. Hutan sebagai sumber makanan Melalui proses fotosintesis tumbuhan menjadi tempat hidupan temasuk haiwan dan manusia mendapatkan sumber makanan seperti buah, pucuk, rebung dan ubi. Tumbuhan sebagai habitat Tumbuhan menjadi tempat tinggal atau habitat kepada pelbagai spesies fauna. Burung membuat sarang di atas pokok untuk berlindung daripada pemangsa. Ada haiwan yang membuat sarang di bawah akar pokok atau membuat lubang dalam batang pokok. Selain sebagai pelindung daripada pemangsa, pokok dapat melindungi haiwan daripada haba cahaya matahari. (by : C Nik)